Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 14


I nak bawak U pegi buat makeover. Kita gi cari baju untuk U, Pastu, kita gi buat rambut.”

“Apa salahnya dengan style aku sekarang ni?”

“Eh, hello! You look so… ordinary. No offense.”

None taken.” Aku dapat merasa kepanasan di telinga kerana dikritik begitu, “Mmm… tak tau la, Maya. Macam banyak je duit kau habis nanti. Aku tolong kau belajar tu sungguh-sungguh ikhlas. Takde maksud lain tau. Aku rasa kalau kau just cakap terima kasih pun aku dah okey sangat dah. Kalau kau tak ucap terima kasih pun aku tetap okey jugak. Bukan maksud aku nak kata kau ni jenis tak berterima kasih. Tak. Cuma nak explain kat kau je yang semua ni buat aku jadi serba salah. Macam tak setimpal je. Aku tolong kau tu sikit je. Takde apa-apa pun. Tapi apa yang kau buat ni banyak sangat tau.” Tiba-tiba luahan hati aku keluar dengan lancar.

Maya memandang aku dengan tajam dan mula memberikan jawapan,”First of all, apa yang U dah tolong I tu banyak. Apa yang I treat U ni sikit pun tak setimpal dengan pertolongan U tu. Semua material ni, kalau nak compare dengan knowledge yang U sabar bagi masa ajar I tu memang tak sama langsung. So, U tak perlu nak rasa serba salah about it. Secondly, kalau U tak nak spend time dengan I bagitau je la. I tak kacau U dah lepas ni.”

Inilah pertikaian pertama kami sejak mula berkawan beberapa bulan yang lalu. Aku tergamam apabila melalui pengalaman pertama bertekak dengan kaum berlainan jantina sebegitu. Sebenarnya, seluruh hujahnya tidaklah meninggalkan bekas di dalam hati aku. Namun, kata-katanya tentang tidak lagi menghabiskan masa dengannya itu sangat membimbangkan aku. Sedikit sebanyak hati aku lebih bimbang tidak dapat bersama dengannya lagi.

Segera aku menyusun ayat, “Sorry, Maya. Aku tak tau pun aktiviti petang ni, penting untuk kau. Kalau macam tu, aku ikut je. I’m at your disposal, milady.” Aku menyilangkan kaki dan memberikan tunduk hormat kepadanya meniru lagak lelaki Inggeris yang bersopan apabila berdepan dengan seorang wanita.

Tindak-tanduk aku itu membuahkan hasil kerana Maya tertawa kecil dan terus menarik tangan aku supaya mengikutinya sambil berkata, “You’re forgiven.”

*****

Apa yang berlaku seterusnya bolehlah aku sifatkan secara ringkas sebagai… sangat sibuk dan memenatkan. Maya membawa aku masuk ke beberapa kedai pakaian lelaki yang berjenama. Dia memilih pakaian-pakaian pilihannya lalu meminta aku mencubanya di bilik persalinan. Kemudian, aku keluar memperagakan pakaian itu di depan Maya. Dia memberi komen. Ada yang dipersetujuinya dan ada juga yang tidak disukainya. Fungsi model peragaan pakaian sambilan itu membuatkan aku sangat kekok dan janggal.

Beberapa kali aku keluar dan masuk bilik persalinan kerana pilihan yang tepat belum dapat dibuat. Akhirnya Maya berpuashati dengan beberapa pilihan. Gadis itu lantas membawa kesemua pakaian pilihannya ke kauntaer dan membuat bayaran. Aku menggelengkan kepala memprotes apabila melihat jumlah yang tertera di resit.

Selepas itu kami masuk pula ke sebuah salun dandanan rambut. Maya mengenali hampir semua pereka-pereka fesyen rambut dan pencuci-pencuci rambut yang bekerja di situ. Aku pasti gadis itu adalah pelanggan tetap di outlet tersebut. Pekerja-pekerja di situ semuanya bergaya dengan gaya-gaya terkini dan kelihatan glamor.

Dua orang pondan yang lengkap berpakaian seperti perempuan datang menegur Maya. Penampilan kedua-duanya kelihatan lebih menarik dari perempuan-perempuan sebenar. Mereka bertegur sapa, menggeselkan pipi-pipi masing ala-selebriti dan memuji gaya satu sama lain. Kemudian, kedua pondan tersebut kembali semula kepada kesibukan kerja masing-masing.

Selepas, kedua pondan itu meninggalkannya, Maya memanggil seorang gadis kecil molek berambut pendek bernama Sarah. Gadis itu menghampiri kami. Seperti yang dilakukan bersama dua pondan tadi, begitulah juga yang dilakukan oleh kedua Maya dan Sarah. Mereka bertegur sapa, bersalaman dan menggesel pipi. Melihatkan perlakuan yang sama yang mereka lakukan ketika bertemu, aku merasakan ini pastilah antara norma-norma manusia yang hidup dalam dunia glamor seperti mereka.

“Sarah, ini Alip!” Maya memperkenalkan aku kepada gadis itu.

“Hai!” kata Sarah pendek tetapi mesra.

“Hai!” aku membalas, lalu kami bersalaman. Walaubagaimanapun, kami tidaklah bergeselan pipi. Mungkin kerana aku belum lagi diterima masuk dalam geng mereka, sebab itulah Sarah tidak menghulurkan pipinya kepada aku. Sempat pula aku berimaginasi mempersendakan mereka.

“Sarah, U buat la apa yang sesuai untuk Alip ni. Bagi dia nampak outsatanding sikit lepas ni.” Maya memberikan arahan kepada Sarah.

“Okey, Maya!”

“Alip, I’m right over there. Nak bergossip dengan those girls,” kata Maya kepada aku.

Rambut Sarah pendek diwarnakan coklat muda. Pakaiannya seksi dan ketat-ketat belaka. Dia memakai singlet dan skirt yang sangat pendek hanya menutupi pangkal pehanya. Aku terfikir, tidakkah dia merasa sejuk dengan keadaan penghawa dingin di kompleks ini? Aku sendiri telah beberapa kali terketar-ketar kesejukan.

U duduk sini, Alip,” Sarah menunjukkan kepada aku sebuah kerusi di antara barisan kerusi-kerusi yang ada di salun itu. Kerusi itu mengadap ke sebuah cermin. Di setiap kerusi-kerusi yang lain juga dilengkapi cermin setiap satunya. Aku mematuhi arahannya. Selepas menyelimutkan tubuh aku dengan sehelai kain nilon yang mempamerkan logo salun, gadis itu berkata,”So, U nak buat style macamana, Alip?”

Style yang biasa-biasa je Sarah. Jangan buat style orang tua dah la.”

“Kalau macam tu botak je la, Alip,” Aku memandangnya keliru sama ada gadis itu berjenaka atau bersungguh-sungguh lalu dia segera menyambung, “I main-main je la…”

Kerja-kerja mereka fesyen rambut aku pun dimulakan. Sebagai permulaan, Sarah memanggil seorang pencuci rambut bernama Mia. Gadis ini bertubuh sederhana memakai baju-T dan seluar jeans ketat dengan rambut panjangnya diwarnakan coklat gelap. Mia mencuci rambut aku dan membuat urutan-urutan di kulit kepala. Untuk kerja-kerja bilasan, aku dibawa Mia ke kerusi yang dilengkapi sink. Selesai membilas, dia membalut kepala aku dengan tuala. Lalu aku dimintanya untuk kembali duduk di kerusi bercermin tadi.

Apabila rambut telah selesai dicuci, Sarah datang kembali dan terus mula menggunting rambut aku. Begitu cekap tangannya bergerak-gerak menggunting rambut aku yang masih lembab supaya ukuran yang ideal dengan gaya diperolehinya. Selepas beberapa ketika, Sarah berhenti menggunting dan memanggil semula Mia.

Mia datang dan sekali lagi membawa aku ke kerusi bilasan. Kali ini, bahagian atas kepala aku itu dibasuh dengan air bagi membersihkan semua sisa-sia rambut yang terlekat di celah-celah helain rambut dan kulit kepala aku. Apabila selesai membilas, Mia mengeluarkan sebuah alat pengering rambut dan menekan suisnya. Alat itu menghembus udara panas ke rambut aku. Dengan menggunakan sikat plastik, Mia meratakan hembusan udara panas mesin itu ke serata rambut supaya semuanya kering.

Selesai sahaja kerja-kerja mengering, Mia sekali lagi meninggalkan aku dan Sarah pula kembali muncul. Kali ini dia datang menyapukan sejenis bahan yang pekat seperti krim ke atas rambut aku dan mula membentukkan gaya yang dikehendakinya.

Akhirnya tangan Sarah berhenti dari menguis-nguis rambut aku. Diambilnya sekeping cermin bulat lalu diletakkan di belakang kepala aku supaya aku dapat melihat dengan jelas keadaan rambut aku di bahagian belakang kepala sambil berkata,”Macamana, Alip? Okey tak?”

Aku memandang ke arah imej yang terpampang di cermin. Hampir-hampir aku tidak dapat mengenali lelaki yang aku lihat di dalamnya. Gaya yang baru ini sedikit sebanyak menukar bentuk wajah aku.

Maya datang mendapatkan kami semula. Sebaik sahaja dia melihat gaya baru aku itu, dia terus memberikan respon, “Wow! Handsomenya U, Alip.”

“Mana ada handsome la. Kau rabun kot.” Aku merendah diri walaupun sebenarnya gembira dipuji.

Thanks, Sarah. U memang…the best,” Maya kemudian berkata kepada pereka fesyen rambut itu.

For you, Maya, anytime,” jawab Sarah.

Selepas membuat bayaran, kami meninggalkan salun. Di tangan aku kini tergantung beg-beg shopping hasil dari adventure kami ke gedung pakaian sebentar tadi.

“Okey, nak buat apa lepas ni?” Aku menyoal ingin tahu.

 “Pukul berapa sekarang?” Maya menjawab soalan aku dengan soalannya pula.

“Tujuh,” jawab aku ringkas.

“Kita dinner dulu. Lepas tu kita gi mandi and get dress kat rumah I

Perkataan rumah yang dilafazkannya membuatkan aku menjadi lebih terpinga-pinga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan