Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 30

‘Apa yang Maya nak buat dengan phone number and address aku tu?’

Aku telah kembali duduk di depan komputer kerja. Walau bagaimanapun, soalan itu terus bermain-main di benak fikiran aku. Selepas beberapa ketika berfikir, aku menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Aku tak mahu lagi berfikir tentangnya. Sekarang, aku mahu segera pulang. Kesesakan lalulintas di Jalan Lingkaran Tengah 2 akan bermula tidak lama lagi dan aku bercadang untuk tidak mahu terperangkap di dalamnya.

Jam di dinding menunjukkan tinggal lagi lima belas minit untuk clock-out. Hati aku terasa gembira dengan perkara itu. Tetapi, ibarat kata pepatah, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sejujurnya, aku sendiri kurang pasti apa maksud sebenar pepatah itu. Aku sekadar meneka maksudnya mengikut konteks dan suasana yang sesuai.

“Alip! U jangan balik dulu. I want you to process this sampai siap. Esok, first thing in the morning, Silvia, Adlina and I kena present this junk to CEO and GM. Kalau U tak siapkan ni, my ass will be on the line. That mean, your ass too.”

Bala muncul entah dari mana dan meninggalkan seikat dokumen-dokumen lama bersama arahannya. Ia adalah himpunan transaksi-transaksi yang masih tergantung. Tarikh-tarikhnya jauh ke belakang ketika aku belum lagi menyertai syarikat ini. Yang pastinya, sebahagian besar transaksi-transaksi tersebut telah pun memasuki fasa tuntutan mahkamah.

‘Haram jadah punya Bala!’ hati aku memaki eksekutif itu.

Tanpa membuang masa, aku terus memulakan kerja-kerja silap mata. Mula-mula, aku menyusun helaian-helaian kertas dokumen mengikut tarikh. Dengan melihat kepada garis chronology of event, barulah mudah untuk aku mengetahui atau meneka apa yang sebenarnya telah berlaku. Selepas itu, kerja-kerja menyenarai dan mengira pun dibuat.

Aku bertemu pula dengan beberapa dokumen yang tidak jelas hujung pangkalnya. Aku mengangkat kepala memandang sekeliling melangkaui cubicle. Lengang. Aku memandang jam di dinding. Pukul tujuh. Semua orang telah pun pulang. Tiada siapa yang tinggal untuk aku rujuk. Terpaksalah aku menyemak di dalam sistem, mana tahu ada apa-apa maklumat berguna berkaitan dengannya yang dapat aku gunakan. Selepas membuat semakan aku mengeluh kecewa… tiada sebarang rekod di dalam sistem.

Tiba-tiba tumpuan aku terganggu oleh gegaran di poket seluar. Ada orang cuba menghubungi. Pada mulanya aku bercadang untuk mengabaikannya agar kerja-kerja yang terhidang di depan dapat segera disempurnakan. Seketika kemudian, aku mengubah fikiran dan menyeluk poket. Nombor yang tertera di skrin telefon pintar itu tidak aku kenal.

‘Siapa ni,’ getus hati aku.

Aku menyentuh ikon Answer dan menyapa dengan sopan, “Hello!”

Untuk seketika tiada jawapan di hujung sana. Aku mengulang sapaan, “Hello! Sapa ni?”

Hello, Alip!” darah aku tersirap mendengar suara itu. Aku masih mengenali suara itu. Suara Maya.

Giliran aku pula untuk berdiam diri. Aku tidak dapat menemukan perkataan yang sesuai untuk memulakan bicara. Perkataan-perkataan gembira atau perkataan-perkataan marah.

“Apa khabar?” suara itu meneruskan bicara.

“Sihat. U sihat?”

I pun sihat. Sorry, I kacau U time Maghrib macam ni. I dapat nombor U dari receptionist kat office U tu.”

“Oh, Dina.”

“Cantik budak tu. Dia kata kenal U luar dalam. Girlfriend U ke?”

“Kami kawan je.”

U masih handsome. Masih awet muda. Langsung tak nampak macam orang umur dah dekat nak masuk fourty pun. Tak heranla budak-budak muda pun minat dengan U. Tak macam I. Dah expired.”

She’s my smokin’ buddy.”

Smokin’ buddy?! Wow! Impressive! Still smokin’ Marlboro, red, soft pack?”

Still. U?”

“Sama latak biasa dengan brand lain.”

“Mmm… Maya, I kat office lagi ni. Buried under huge pile of papers. Kita sembang lain kali, boleh?”

“Oh, ye ke? Okey, okey. Actually, I call ni nak ajak U lunch esok. I’ll come and pick you up. Your lunch break pukul berapa?”

One to two. Eh, takpe la, Maya. I jarang pegi lunch break. Selalunya, I nap kat surau masa break.” Aku berdalih mereka alasan.

“Ala... Alip! Boleh laFor old time sake.”

“Mmm… tengokla dulu. Esok, by 12.30 U call I dulu.”

“Okey. Bye, Alip. See you tomorrow,” suaranya kedengaran ceria.

Selepas menamatkan perbualan dengan wanita itu, aku termenung. Patutkah aku berjumpanya esok? Tidakkah dia tahu yang aku begitu marah padanya?

Aku meneruskan kerja dengan memberikan tumpuan yang penuh. Lembaran laporan telah siap aku cetak dan dijilid dengan kemas. Lima salinan kesemuanya. Setiap satu laporan untuk setiap pegawai-pegawai atasan yang akan terlibat dalam perbincangan esok pagi. Aku melihat jam dan berasa sungguh terkejut. Dua pagi. Begitu khusyuk aku melakukan kerja sehingga masa yang berlalu langsung tidak aku sedari.

“Patutla perut aku lapar gila, badan pun sakit-sakit. Dah pagi rupanya. Eff you, Bala!” Mulut aku ringan merungut dan memaki sendirian.

Aku menutup komputer dan mengemas stesen kerja yang telah bersama dengan aku selama hampir sepuluh tahun itu. Kesemua dokumen-dokumen lama dan laporan-laporan yang telah aku siapkan itu segera aku bawa ke meja Bala. Sampai di sisi meja eksekutif itu aku berfikir seketika.

Dokumen-dokumen dan laporan-laporan ini adalah penting dan sulit. Sekiranya aku meninggalkannya merata-rata, mungkin akan dibaca oleh orang-orang yang tidak berkenaan. Itu adalah satu pelanggaran etika. Lalu aku membuat satu keputusan yang tidak sepatutnya aku buat iaitu untuk membawa dokumen-dokumen itu pulang ke rumah.

Semua suis lampu dan penghawa dingin segera aku tutup sebelum mengunci pintu. Aku lekapkan kad pekerja ke kotak kelabu tua di belakang kaunter. Bunyi, ’Bip!’ terhasil. Secara rasmi aku telah tamat kerja pada hari itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan