Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 26

Selepas peperiksaan tamat, aku tidak pulang ke kampung. Kami berdua terus tinggal bersama di rumah itu ibarat sepasang suami isteri.

Setiap hari berlalu tanpa ada rasa tanggungjawab. Bangun tidur lewat. Kemudian makan tengahari. Petang melepak sambil khayal menghisap ganja. Kadangkala petang dihabiskan dengan keluar menonton wayang. Malam hari berlalu dengan aktiviti pesta, sama ada di rumah-rumah kenalan atau di kelab-kelab. Pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Kemudian, melakukan hubungan seks sekali atau berkali-kali mengikut tahap kesedaran.

Pada suatu malam, aku bersendirian di rumah. Maya telah keluar sejak petang. Dia mahu menjenguk ayahnya di Damansara, katanya. Aku menonton TV sambil merokok di tingkat bawah. Suluhan lampu sebuah kereta dari luar telah mengubah tumpuan aku daripada rancangan yang aku tonton di kaca TV.

“Haa… dah sampai pun. Perut pun dah lapar ni,” ujar aku yang menyangka Maya telah pulang.

Tidak lama kemudian, bunyi hon terdengar dari luar. Aku hairan. Itu pasti bukan Maya. Jika gadis itu yang sampai, dia akan terus masuk. Kemudian aku membuat andaian, mungkin Maya tidak mahu masuk. Dia membunyikan hon kerana mahu mengajak aku keluar makan malam. Sekiranya dia masuk dan memparkir kenderaan, ia pastinya akan memakan masa.

Aku bangun dan berjalan menuju ke pintu. Selepas menekan kod di paparan digital bagi memadamkan sistem sekuriti, aku membuka pintu. Penglihatan malam aku dibantu oleh sinaran lampu porch dan lampu jalan. Apa yang aku lihat, kereta itu bukanlah kereta Maya tetapi Ayu yang telah datang dengan memandu Honda Civic Ferio kepunyaannya.

“Alip! Buka pintu. I bawak dinner untuk U.”

“Maya mana?” Aku melaungkan persoalan tanpa membuka pintu untuk gadis itu. Dia memakai dress bertali halus pendek separas peha berwarna hitam. Aku kira pasti Ayu mahu ke kelab.

“Maya dah kat kelab. Dia mintak I ambik U.”

Aku menyeluk poket bagi mengeluarkan alat kawalan jauh untuk membuka pintu pagar. Sebaik pintu pagar terbuka, Ayu masuk ke keretanya. Dipandunya kereta baru itu perlahan-lahan masuk ke ruang porch. Enjin dimatikan dan pintu di bahagian pemandu pun terbuka. Ayu keluar sambil tersenyum kepada aku. Rambut yang hitam paras bahu terbuai-buai bersama-sama pergerakannya.

I beli nasi ayam. U makan nasi ayam tak?”

“Perut dah lapar ni, apa pun I makan.”

Aku berdiri di sisi pintu sambil memerhatikan gadis itu berjalan masuk. Dia mengusap dagu aku ketika lalu melepasi aku. Aku tidak mengendahkan sentuhannya lalu menutup pintu. Ayu terus ke dapur untuk meletakkan bungkusan polystyrene yang mengandungi nasi ayam.

U dah makan ke, Ayu?”

I dah makan pukul tujuh tadi.”

“Berapa harga nasi ni?” Aku menyeluk poket belakang untuk mengambil dompet.

It’s okay. I belanja.”

 Thanks, Ayu.” Aku menyimpan semula dompet dan berjalan ke kaunter dapur untuk mengambil gelas di dalam salah satu laci dapur.

U nak minum apa?”

Korang ada booze tak?”

“Nanti I check. Rasanya ada lagi kot. Any preference?”

Screwdriver, please,” pinta Ayu dengan suara manja menggoda.

Kabinet atas dibuka dan aku lihat sebotol cecair jernih dengan label bertulis Absolut berada di dalamnya. Aku mengambil botol itu dan bergerak membuka peti sejuk. Selepas memeriksa karton jus oren dan berpuashati dengan kandungannya, aku pun berkata kepada gadis itu, “One screwdriver coming right up.”

Aku menuang jus oren ke dalam dua buah gelas panjang. Selepas itu sedikit cecair minuman keras pun dituang ke dalam kedua gelas itu. Dengan menggunakan sudu, aku mengacau campuran itu. Gelas pertama aku letakkan di atas meja. Gelas yang kedua aku serahkan kepada Ayu yang telah pun duduk di salah satu kerusi di meja makan. Aku duduk bertentangan dengan gadis itu untuk mula makan.

“Jemput makan,” aku mempelawa mempamerkan budi bahasa sebelum memulakan santapan malam itu.

Ayu yang sibuk meneguk minumannya tidak menjawab. Dia hanya sekadar menggunakan tangannya memberikan isyarat supaya aku meneruskan makan. Aku terus makan dan tidak berkata apa-apa kepada tetamu itu.

Melihatkan keadaan aku yang mendiamkan diri, gadis kecil molek itu bangun meninggalkan aku dengan membawa gelasnya. Dia bergerak ke ruang tamu. Aku dengar TV yang sedia terpasang dari tadi bertukar siaran.

Selesai makan dan mengemas dapur, aku bergerak untuk naik ke atas. Ketika melewati ruang tamu, aku berkata, “Tunggu jap ye. I nak mandi.”

“Okay,” pendek sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya.

Tiba di tingkat atas, aku masuk ke bilik lalu segera menanggalkan semua pakaian. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk mandi. Ketika melangkah masuk kembali ke bilik, darah aku tersirap. Ayu sedang berbaring meniarap di katil sambil membelek novel Catch-22 yang asalnya memang terletak di atas bantal.

“Terperanjat aku.” Aku mengawal perasaan gugup.

“Banyaknya buku U. Memang betul la Maya kata U ni bookworm.”

“TV takde cerita best ke?” aku menukar topik.

Boringla sorang-sorang kat bawah. U just get dress, Alip. Buat-buat macam I takde kat sini,” katanya sambil tersenyum nakal.

Aku berasa janggal untuk mengenakan pakaian dengan kehadiran gadis itu di situ. Tapi dengan pura-pura bersahaja aku mengenakan seluar dalam dan menanggalkan tuala di tubuh untuk mengeringkan badan. Malu juga perasaan ini kerana hanya berseluar dalam di depan gadis itu.

Ayu bersiul gatal sambil memerhatikan aku. Aku terus berlagak biasa, berpaling membelakanginya dan terus membuka almari untuk memilih pakaian. Ketika sedang leka memerhatikan pakaian, sekali lagi darah aku tersirap.

Gadis kecil molek itu memeluk aku dari belakang. Tangannya dengan pantas merayap ke dada, perut dan bahagian bawah tubuh aku. Aku segera berpusing dan memegang tangannya supaya dapat memberhentikan tindakan berahinya itu.

What the eff! U buat apa ni?” Aku menyoalnya.

Takde sapa-sapa kat sini, Alip. Apa kata kita main satu dua round dulu. Pastu baru kita pegi. I geram la tengok U.”

Aku yang sedang memegang pergelangan tangannya segera menguatkan pegangan. Gadis itu meronta-ronta kerana ingin meneruskan niatnya menggoda aku.

“Berapa banyak U minum sebelum datang sini tadi?”

“Ada la sikit.”

“Mana boleh macam ni, Ayu. U dengan Maya bestfriend. Bestfriend tak tikam belakang bestfriend, kan?”

U janganla bagitau Maya.”

Tak mau la, Ayu. I bukan jenis macam tu. I’m a one-girl guy.”

Ayu ketawa kecil menyindir pendirian aku itu lalu berkata, “Rare species la U ni. Kalau lelaki biasa dapat offer macam ni tak pernah ada yang menolak.”

Sehabis berkata-kata, gadis itu mengendurkan pergerakannya. Menyedari hal itu, aku segera melepaskan tangannya.

I ni tak hot ke?” dia menyoal . Tubuhnya masih lagi begitu hampir dengan tubuh aku.

U memang hot, Ayu. But, I saw her first.”

*****

I envy Maya.”

Gadis itu duduk bersila di katil. Hujung dress pendeknya ternaik ke pangkal peha menampakkan seluar dalam hitam. Namun tiada riak-riak malu di wajahnya. Aku mengalihkan pandangan ke almari pakaian dan meneruskan untuk berpakaian selepas tergendala oleh gelagat beraninya tadi. Komunikasi kami berdua diteruskan dengan kasual.

“Kenapa nak envy dengan dia?” Aku bertanya meminta penjelasan.

“Dia cantik, hot, seksi. Ramai peminat. Bila dia nak mana-mana lelaki mesti dia dapat. U yang handsome and intelligent ni pun boleh lekat macam magnet dengan dia.”

“Itu bukan kualiti yang sepatutnya dijadikan asas untuk U envy. U patut cari la kualiti-kualiti yang lebih produktif.” Aku memberikan komentar sambil menyarung seluar.

“Apa U nak cakap, cakapla, Alip. Yang pasti, U pun sekarang dah termasuk dalam senarai koleksi dia jugak.”

What d’you mean?” Ego aku mula membengkak mendengarkan perkataan gadis itu.

Ayu ketawa kecil. Dalam keadaan mabuk seseorang menjadi begitu jujur bercerita. Begitulah yang sedang gadis itu lakukan. Bercerita dengan jujur.

U tu cuma toy boy dia je,” perkataan yang dilafazkannya seperti mengandungi renjatan elektrik.

“Cakap biar baik-baik sikit, Ayu. Kalau dah mabuk diam je la. Jangan merepek.” Aku mula naik angin.

I tak merepek. Sebenarnya, Maya tak pernah jatuh hati kat sapa-sapa pun. Hati perempuan tu sejuk macam ais. Semua boyfriend dia sebelum ni cuma main-main je.”

Last year, Maya and I was arguing. Dia cakap besar dengan I. Dia kata, dia boleh dapat mana-mana lelaki yang dia nak. I kata kat dia pulak, lelaki-lelaki yang dengan dia sebelum ni semua jenis bad boy. Itu biasa je. Nothing great. I pun boleh dapat jenis macam tu. Cuba la budak-budak best student pulak. Budak-budak baik. Mesti diorang tak layan perempuan macam kami punya.”

“Maya naik angin bila I kata macam tu. Pastu dia terus ajak I bet. Dia kata, dia nak ngorat sorang budak baik. Budak nerd. Budak best student. Dia nak gunakan budak tu. Lepas tu dia nak ubah budak tu sampai jadi wild.”

“Bila semua tu jadi, I kena admit dia handal. Lepas tu I kena bagi apa saja yang dia nak. Hari ni I cerita semua ni kat U sebab, dah official I kalah dalam bet tu. Maya memang handal. U dah jadi her next subject.”

Mendengar penerangan Ayu, aku berdiri diam terpaku. Perlahan-lahan aku memusingkan badan mengadap gadis kecil molek yang masih lagi duduk bersila di atas katil. Posisinya yang mengghairahkan itu langsung tidak menarik minat aku. Aku merenung tepat ke wajahnya. Tiada tanda-tanda yang dia menipu.

I think, it is best that you leave, now. Aku tak jadi nak keluar malam ni.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan