Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 12

Kami terus berbual dari topik ke topik hingga selesai makan. Maya kemudiannya membayar bil makanan dan kami pun beredar keluar dari restoran. Aku sempat mengerling ke arah jumlah caj makanan yang tertera di atas resit bayaran. Pada pendapat aku, gadis itu membayar harga yang terlalu mahal hanya untuk makan ikan mentah. Walaubagaimanapun, aku masih tidak lupa dengan budi bahasa lalu aku ucapkan terima kasih kepadanya untuk jamuan yang lazat tersebut.

Aku melihat jam di tangan dengan perasaan gelisah. Keseluruhan adventure yang aku lalui tengahari itu telah mengorbankan sesi belajar yang berharga. Aku segera mengisyaratkan kepada Maya agar segera menghantar aku pulang ke universiti. Gadis cantik tinggi lampai itu tidak langsung menampakkan tanda-tanda akan membawa aku pergi ke ruang tempat letak kereta. Sebaliknya, dia menarik tangan aku berjalan ke sana dan ke mari.

Kami masuk ke sebuah kedai menjual kasut-kasut wanita. Gadis itu mencuba beberapa pasang kasut dan stiletto dengn penuh rasa teruja. Ternyata Maya sememangnya seorang yang cantik. Apa sahaja kasut yang dicubanya sesuai dan nampak cantik dengan kaki dan gaya tubuhnya. Aku hanya mengangguk-angguk apabila diminta komen terhadap beberapa pasang kasut yang dicubanya. Apalah yang aku ketahui tentang gadis dan kasut…

Kami beredar keluar tanpa membeli apa-apa pun. Aku kehairanan tetapi hanya berani merungut di dalam hati, ‘Kalau tak nak beli buat apa try banyak-banyak?’

Sekiranya diserahkan kepada aku masalah-masalah perakaunan yang begitu susah sekali pun, tiada masalah untuk aku mengimbangkan akaun tersebut. Tetapi sekiranya aku diminta untuk memahami hati perempuan, sepuluh tahun pun belum pasti lagi aku akan berjaya.

Kami terus-menerus masuk dan keluar ke kedai-kedai yang menjual perhiasan wanita, alat mekap, beg-beg tangan dan pelbagai jenis kedai lagi. Maya lah yang memandu aku ke sana dan ke mari. Aku hanya bertindak sebagai pengiring gadis itu sahaja. Selepas penat masuk dan keluar kedai, kami pun duduk di sebuah bangku.

I nak buat satu confession,” secara tiba-tiba Maya memulakan perbualan. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa pekat.

*****

I plan tak nak bagi U balik kolej hari ni,” gadis itu memulakan pengakuannya.

“Kau plan nak buat apa?” jantung aku kembali berdegup kencang.

I dah buat complete itinerary untuk event hari ni. Lunch tadi tu cuma opening act je. Lepas ni kita akan pegi tengok wayang. Lepas tu kita dinner. Lepas dinner…” Maya sengaja tidak menghabiskan perkataannya sambil melemparkan senyuman nakal kepada aku seolah-olah ingin menambahkan kesan dramatik dalam pengumumannya dan menyambung, “…kita party. Yay!” Perkataan-perkataan terakhirnya itu dilafazkan sambil mengangkat kedua tangannya ke atas dan mengenyit matanya kepada aku.

I’m ready to pollute your clean brain tonight, Alip.”

Aku hanya dapat memandang ke wajah cantik gadis itu tanpa dapat berkata apa-apa. Aku terus-terusan menyoal diri sendiri bagaimana aku boleh terperangkap dalam situasi begini?

Melihatkan aku berdiam diri tanda protes, Maya meneruskan kata-kata pujukannya, “Come on, Alip. Satu hari ni je. Lepas ni I tak ajak U buat benda-benda macam ni lagi dah. I tau U mesti tengah rasa miserable sebab tak study or buat preparation or whatever you name it la kan, tapi I sebenarnya happy sangat dengan result I kali ni. Thanks to you. So, I nak celebrate dengan U. Please, Alip. Jomla…”

“Tak tau la, Maya. Too much for me to handle for one day.”

Just hari ni je. All out. Lepas tu kita study. Sama-sama. I masih boleh study dengan U lagi, kan?”

Aku diam sambil mengerutkan dahi. Pandangan aku tertumpu ke lantai kompleks di sekitar tempat kami duduk.

Melihatkan keadaan aku yang tidak lagi menumpukan perhatian kepada perkara utama yang dibincangkan olehnya, gadis itu merapatkan tubuhnya sehingga peha kami yang duduk sebelah-menyebelah bersentuhan. Kedua tapak tangannya dilekapkan ke pipi-pipi aku yang kesejukan kerana suhu penghawa dingin kompleks itu yang tinggi. Maya menarik wajah aku mendekati wajahnya sehingga mata kami bertentangan. Kedudukan kami kini seperti sepasang kekasih yang akan bercium. Aku hampir dapat mendengar degupan kencang jantung aku sendiri. Nafas aku menjadi tersekat-sekat.

Tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang, dia memandang ke dalam mata aku untuk seketika dan kemudian berkata, "Alip, for once in your life, jangan fikir banyak sangat. Just enjoy je. Sehari U enjoy tak akan rosakkan study U untuk satu semester. U masih ada banyak masa lagi nak cover balik what you lost sehari ni. Let’s do this, okay?”

Pandangan mata itu sememangnya telah memukau aku kerana secara otomatik aku terus berkata tanpa ragu-ragu, “Okey.”

Mendengarkan jawapan aku, Maya berkata, “Macam tu la,” sambil mencubit manja kedua pipi aku lalu melepaskannya. Dia lantas menjauhkan kembali tubuhnya dari aku seperti sebelumnya. Lagaknya seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Aku menarik nafas dalam-dalam agar segera pulih dari kegugupan. Terfikir juga sekiranya kegugupan ini kerap berulang, mungkin aku akan mati kerana serangan jantung dalam beberapa jam lagi.

Setelah memberikan persetujuan untuk kesemua rancangannya itu, kami pun bergerak ke agenda seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan