Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 17

Jalanraya masih lagi sesak walaupun malam semakin larut. Maya memandu dengan hati-hati.

“Kenapa kau tak duduk dengan orang tua kau?” Aku bertanya memecahkan kesunyian.

Wajah Maya kelihatan berubah menjadi muram apabila aku bertanyakan soalan tersebut. Perlahan-lahan gadis itu membuka mulut, “What happened was… rumah kami kat Damansara tu kena masuk perompak. My mom and my brother mati kena bunuh. My dad kena pukul sampai koma. I pulak…” dia seolah-olah tidak dapat meneruskan kata-katanya, “…dirogol bergilir-gilir. Perompak-perompak tu 5 orang semuanya. I masuk wad sebulan. Bila keluar, I trauma tak nak lagi duduk kat rumah tu.” Bergetar suara gadis itu menghabiskan perkataannya.

Aku terkedu mendengar ceritanya itu. Tidak aku sangka gadis itu telah melalui satu pengalaman yang dahsyat seperti itu. Aku merasa bersalah kerana menjadi penyebab dia terpaksa bercerita tentang pengalaman hitamnya.

Sorry, Maya. Aku tanya je. Bukan niat nak bagi kau ingat semula cerita-cerita sedih macam tu.” Aku cuba menenangkannya sambil cuba menyentuh lengannya.

Gotcha!” Tiba-tiba gadis itu menjerkah sambil ketawa terbahak-bahak.

Aku terkejut dan menarik semula tangan yang hampir menyentuh lengannya. Telinga aku terasa panas.

Kurang asam,” aku menahan geram.

You should see your face.” Maya ketawa bersungguh-sungguh.

Okay, that’s a good one. I didn’t see it coming,” aku mula tersenyum.

Beberapa ketika kemudian ketawa Maya pun reda.

“Dah puas gelak?” aku menyindir.

“Puas,” jawabnya termengah-mengah mengambil nafas. Apabila pernafasannya telah benar-benar pulih, dia menyambung, “My mom lari ikut laki lain. I tak pernah jumpa dia lagi lepas tu. My brother ada kat rehab, drug problem. My dad tak nak kahwin lagi tapi banyak simpan mistress. I tak suka perangai dia macam tu. So, I pun pindah la duduk kat rumah USJ tu.”

Aku tidak memberikan apa-apa respon. Aku mengesan unsur drama di dalam pernyataannya itu. Adakah ini satu lagi prank?

“Yang ni betul-betul ke cobaan?” Aku bertanya mengikut S. Samsudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok, sambil merenungnya serius.

Suasana senyap dan serius seketika, sebelum Maya kembali ketawa dan berkata, “Cobaan!”

Kali ini aku turut ketawa. Dia ketawa bersungguh-sungguh sekali lagi. Akhirnya, apabila Maya telah tenang kembali, dia mula berkata termengah-mengah,”Okay, okay. The last one actually true except for, my mom died of cancer and I ni anak tunggal”

“Malas aku nak percaya dah kali ni. Talk to the hand.” Aku memandang ke luar dan mengadapkan tapak tangan aku ke arah wajah gadis itu.

No, seriously. I swear.” Ada nada bersungguh-sungguh dalam suaranya kali ini.

Aku menurunkan tangan dan kembali memandangnya dengan pandangan serius.

You swear?”

Maya tidak berkata apa-apa tetapi mengangkat tangan kirinya separas telinga dengan gaya seorang patriot yang akan melafazkan ikrar taat setia kepada negara.

“Kanser apa?” aku bertanya, masih serius.

Brain.” Kali ini suaranya benar-benar bergetar.

“Ada sijil mati?”

“Ada.”

“Nanti aku nak tengok.”

“Betul-betul ke?” Wajahnya bertukar menjadi terpinga-pinga.

Aku merenungnya serius kemudian tersenyum dan berkata,”Cobaan,” lalu terus ketawa.

Kami ketawa bersama-sama untuk beberapa ketika. Apabila ketawa kami telah reda, keadaan menjadi sepi semula.

Sorry ‘bout your mother.” Aku mengucapkan takziah atas kematian ibunya.

It’s okay.” Gadis itu menepuk bahu kiri aku sebagai memberitahu yang semuanya memang telah okey. “But the first one was really funny, kan? Pandai tak I berlakon?”

“Kau memang pandai berlakon,” aku berkata sambil menunjukkan isyarat thumbs up kepadanya dan menyambung, “tapi yang last tu dapat jugak aku kenakan kau balik, kan?” Kemudian, kami sama-sama ketawa kembali.

“Siapa punya gitar tu?” Aku mengalihkan topik perbualan.

I punya. Dulu I plan nak masuk kelas gitar. I beli la gitar tu. Lepas tu tak jadi masuk kelas. Sekarang jadi perhiasan je la.”

Keadaan kembali sunyi.

Your English is so good for a kampung guy. Mana U belajar?” Gadis itu memulakan perbualan bahagaian kedua dengan menukar topik.

“Aku ni budak kampung. Orang keliling aku mana ada yang cakap orang putih.”

“Aku mula suka tengok filem orang putih masa aku darjah tiga. Filem orang putih pertama yang aku jatuh cinta ialah Back to the Future, tahun ‘85. Mak aku selalu marah aku tengok filem-filem orang putih sebab dia cakap banyak gambar perempuan tak pakai baju. Banyak gambar laki perempuan beromen. Tapi aku tengok jugak. Aku bukan takat tengok gambar je time tu tapi aku suka tiru-tiru cara diorang cakap.”

“Bila aku darjah empat, aku mula baca cerita-cerita Aesop’s Fables. Ulang-ulang aku baca sampai aku hafal ayat-ayat dalam kebanyakan buku-buku tu.”

“Masa darjah lima, aku dah ada habit ikut setiap sebutan Bahasa Inggeris watak-watak dalam filem orang putih yang aku tengok.”

“Bila form one, cikgu BI aku, aku panggil dia Miss Lina, hadiahkan buku The Adventures of Huck Finn. Tapi buku yang dia bagi ni version yang dah simplified dari version asal Mark Twain untuk bacaan budak-budak baru nak belajar. Aku baca buku tu ulang-ulang sampai aku rasa aku boleh tulis semula semua isi buku tu.”

“Bila aku naik form two, aku start practice cakap Inggeris dengan Miss Lina. Tunggang-langgang aku cakap Inggeris time tu.”

Form three, mana saja aku pegi, aku bawak buku tulis. Aku suka tulis balik apa saja yang aku tengok. Ada je yang aku tulis. Kambing beranak la. Rama-rama terbang la. Masa form three ni jugak abang aku bagi aku tape Metallica, Master of Puppets dengan tape Megadeth, Countdown to Extinction. Semua lirik lagu-lagu dalam dua album ni habis aku translate dalam Bahasa Melayu. Bahasa-bahasa dalam lagu-lagu Metal semua power-power. Contohnya, lagu Symphony of Destruction.”

Form four, Miss Lina bagi hadiah buku The Godfather. Bukan buku biasa-biasa tapi printing tahun 1972 punya. Vintage. Sampai sekarang buku tu aku masih simpan elok kat rumah. Sapa-sapa usik buku tu, aku karate sebab binding dia dah fragile. Sejak tu, aku jatuh cinta dengan Mario Puzo. Aku cari sana-sini and managed to collect few titles buku-buku Puzo.”

Form five, aku tak cakap Melayu dah dengan Miss Lina. Time form five tu jugak, aku tulis skrip and also direct pementasan Macbeth peringkat daerah. Tapi aku kalah.”

“Sekarang ni dah masuk universiti, kira polish je la English dengan semua lecturers.”

Setelah menamatkan cerita, aku memandang ke arah Maya. Matanya tertumpu ke arah jalanraya tetapi mulutnya kelihatan terbuka. Aku tidak pasti sama ada mulutnya ternganga kerana terpegun mendengar cerita aku yang panjang atau kerana dia telah merasa bosan sehingga hampir mati mendengarnya.

Apa yang pasti, pengalaman sehari ini telah memberikan peluang untuk aku benar-benar mengenalinya. Aku terfikir apa pula yang akan berlaku untuk bahagian malam yang seterusnya selepas ini agaknya?

*****

Pada mulanya Maya mahu membawa aku ke sebuah kelab hiburan di Petaling Jaya. Apabila jam telah menunjukkan 11 malam, dia membuat keputusan untuk terus memandu ke Kuala Lumpur.

“Alang-alang dah lambat baik kita gi KL je,” katanya.

Kami sampai ke kawasan Bukit Bintang pada jam 11.30 malam. Kemudian, kami masuk ke satu tapak meletak kereta yang permukaan buminya ditabur dengan batu-batu kerikil. Seorang pemuda India berambut panjang membantu gadis itu mengundurkan keretanya dengan memberikan arahan dari luar. Di tangannya, lelaki itu memegang sebuah lampu picit yang diguna untuk menyuluh dan melambai-lambai kereta yang lalu-lalang.

Apabila kereta telah selamat diparkir, Maya mengambil resit dan terus membuat bayaran kepada pemuda itu. Kami pun berjalan kaki menuju ke arah bangunan kelab hiburan yang tidak jauh dari situ. Bunyi dentam-dentum muzik discotheque telah dapat didengar dari tempat kami berjalan.

Penampilan gadis tinggi lampai yang seksi itu menarik perhatian ramai lelaki yang lalu-lalang. Ada antara mereka yang tanpa segan bersiul-siul mengusiknya. Ada juga yang melampau, melaungkan kata-kata lucah kepadanya. Namun, Maya terus berjalan dengan bersahaja. Aku merasa kurang senang dengan perlakuan mereka.

“Maya, aku tau kau tak segan pakai seksi. Tapi kau tak takut ke?”

Kat orang-orang tu ke? Nak takut apa? U kan ada. Kalau diorang kacau I, U boleh protect I, kan?”

Of course la, kalau aku ada, aku belasah diorang yang nak kacau kau. Tapi kalau aku takde, macamana?”

U risaukan I ke?”

Mestila…”

Kalau boleh, aku ingin memberitahu gadis itu, ‘Not only I’ll protect you, I’ll even die for you.’ Namun, aku bimbang ditertawakan oleh gadis itu.

Maya menarik lengan aku rapat ke tubuhnya. Kami berjalan rapat seperti pasangan kekasih.

“Sekarang, U kena la acting macam U ni boyfriend I.”

“Kenapa pulak?”

Saja. U kan suka movie. Ni la peluang U nak try acting pulak. Tak okey ke idea I?”

“Boleh tahan mereng jugak otak kau ni rupanya.” Aku tersengih. “Aku okey je kalau kau nak suruh aku berlakon. Cuma aku ni tak pernah ada girlfriend. Takut tersalah cakap je nanti. Kau jugak yang malu.”

Ala... buat biasa je. Eh, ye ke U tak pernah ada girlfriend? Muka sikit punya lawa, takde girlfriend. Tak percaya la.”

“Betul. Buat apa aku nak tipu?”

“Okey, malam ni I girlfriend U. U boleh buat apa saja kat I,” katanya sambil merapatkan lagi tubuhnya ke tubuh aku.

Perlakuannya yang terlalu bersahaja dalam perkara-perkara serius memeningkan kepala aku. Ayat-ayat terakhirnya itu pula menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan