Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

17 Februari 2016

Terima kasih diucapkan kepada yang bertanya tentang Beg Tangan Gucci. Beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk dengan perjalanan-perjalanan ke utara dan ke selatan Semenanjung. Oleh itu, novel tersebut tergantung di bab ke-18.

Pada hari ini, saya akan cuba menerbitkan bab ke-19. Semoga penantian kalian berbaloi.

2 Februari 2016

The Adventures of Huckleberry Finn, karya klasik Mark Twain, adalah tajuk pertama yang telah memikat hati saya kepada tabiat membaca. Pada mulanya, ia hanyalah satu aktiviti passtime. Setelah beberapa lama, ia menjadi obsesi yang mendatangkan keseronokan.

Adventure yang dilalui bersama Harper Lee, Mario Puzo, James Patterson, John Grisham, Stephen King dan beberapa lagi penulis, amat menyeronokkan. Penulis-penulis tempatan juga tidak saya ketepikan. Hasil-hasil tulisan Zaid Akhtar, Bahruddin Bekri dan Ramlee Awang Murshid sering mempesonakan. Ternyata, pendapat dan idea yang diutarakan oleh penulis-penulis tersebut menjadikan saya lebih matang dalam melihat kehidupan.

Keunikan tulisan-tulisan penulis tersohor antarabangsa dan tanahair tersebut membuatkan keinginan untuk menghasilkan karya sendiri perlahan-perlahan terbina. Saya mula melatih diri menulis secara serius.

Sebagai mengikuti trend, blog ini saya wujudkan untuk berkongsi hasil penulisan saya kepada umum. Semoga saya memperolehi komen dan kritikan membina darinya.