Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 4



Aku menguatkan semangat. Dengan teragak-agak, tangan kiri aku menyentuh lengan kanannya manakala tangan kanan aku mengusap-usap bahu kirinyanya. Tujuan aku hanya untuk membantunya bertenang. Aku teringat tindakan begitu dalam filem-filem yang pernah aku tonton dan membuat andaian bahawa tindakan sebegitu menghasilkan comforting effect kepada emosi manusia. Pada kali ini teori ini memerlukan pembuktian. Aku berusaha bersungguh-sungguh membuktikan kebenarannya. Namun, tubuh Maya tambah bergoncang hebat.

‘Apa nak buat ni?’ hatiku berkata dalam keadaan panik.

Sepanjang adegan itu berlangsung, beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan yang lalu-lalang di situ memandang kami. Ada yang buat tidak tahu, ada yang tersenyum sinis dan ada juga yang menunjukkan wajah kurang senang kerana menyangka kami adalah pasangan kekasih yang sedang berdrama tanpa segan silu. Keadaan itu membuatkan aku menjadi lebih panik.

Otak aku berfikir ligat mencari jalan keluar. Soalan-soalan subjek-subjek seperti Consolidation Accounts, Business Calculus atau Quantitative Management tidak pernah pula menjadi masalah buat aku. Tetapi situsai sebegitu nyata terlalu rumit dan terlalu baru untuk aku.

Perlahan-lahan tangan aku yang sedang mengusap bahu gadis itu aku arahkan untuk mengusap rambutnya pula. Perbuatan seperti itu juga pernah aku lihat dalam filem-filem. Kedua-dua usapan jika diselang-selikan mungkin akan dapat mempercepatkan proses meredakan emosi seseorang. Dalam keadaan panik aku lontarkan satu lagi teori dan berusaha membuktikan kebenarannya. Akhirnya tubuh Maya yang tadinya bergoncang hebat dalam esak tangisan, mulai reda.

Aku terus mengusap rambut dan bahunya berselang-seli sehinggalah dia benar-benar tenang dan berhenti menangis. Aku pun tidak pasti sama ada gadis itu berhenti menangis kerana kebenaran teori-teori aku atau sememangnya dia telah puas menangis dan mahu berhenti berbuat demikian. Ketika dia mula memisahkan wajahnya dari dada aku, barulah aku menarik tangan dari terus menyentuhnya.

Sambil mengesat air mata, Maya berkata, “I’m so very sorry.” Wajahnya yang rosak masih kelihatan cantik.

It’s okay. Kau kan tengah sedih,” kata aku. “Perempuan kan suka menangis kalau sedih.” Aku rasakan, itulah cubaan aku yang teruk dalam berjenaka.

Mana ada! I ni strong girl tau,” jawabnya membela diri sambil tersenyum. Gembira hati aku apabila melihatnya. Seolah-olah keadaan sekeliling turut terang bercahaya ceria bersama dengan senyumannya.

Ye lah tu,” aku membalas senyumannya dengan wajah sinis. Gadis itu menyiku lembut lengan aku dan senyumannya melebar.

“Alamak! I dah rosakkan baju U!” Kata Maya secara tiba-tiba sambil memandang ke bahagian dada aku. Aku tunduk untuk melihat sama dan mendapati baju aku dibasahi air mata dan mungkin juga sedikit hingus.

Aku memandang wajah gadis itu sambil tersengih dan berkata, “You just made modern art out of tears and mucus.” Mulut aku yang tak semena-mena menjadi semakin ramah mencuba satu lagi jenaka yang teruk.

You’re so terribly funny,” katanya sambil sekali lagi menyiku lengan aku.

“Kau saja je nak usik aku kan…semua orang kata aku nerd. Mana ada orang kata aku funny.” Aku berkata seolah-olah berjenaka. Namun, jauh di hati, aku tahu perkataan aku itu benar.

Well, Mr. Nerd, jom I belanja U minum untuk ganti balik baju U yang I rosakkan.” Dia berkata sambil berdiri dan menarik tangan aku supaya mengikutinya.

“Bagus jugak idea tu. Tekak aku pun ikut jadi kering sama sebab melayan drama kau kejap tadi.” Dia menyiku aku sekali lagi sambil mencebik. Aku hanya tersengih dan mula berjalan mengikuti gadis cantik itu.

Tiba-tiba Maya berhenti berjalan, merenung aku dengan wajah ingin tahu sambil bertanya, “U Alif Iman, kan? Diorang panggil U Alip, kan??” Aku merasa seperti terkena kejutan elektrik apabila Maya menyebut nama aku. Rupa-rupanya aku ini wujud juga dalam kehidupannya.

Kau dah tau nama betul aku. Now I really have to kill you.” Jenaka spy ala James Bond pula yang terkeluar dari mulut aku. Maya tertawa mendengar jenaka rendah mutu yang aku ucapkan.

‘Kenapa la peramah sangat mulut ni?’ Hati aku memprotes. Namun aku tetap merasa lega kerana apa-apa yang aku ucapkan setakat itu berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan