Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 19

“Baru je.”

Aku berhati-hati bercakap tentang hubungan cinta lakonan antara aku dengan Maya. Apa yang diperkatakan oleh Maya kepada mereka tidak aku ketahui. Sekiranya aku tersalah cakap, mungkin akan berlaku perbezaan cerita antara aku dan gadis itu. Kawan-kawannya mungkin akan dapat menghidu lakonan kami.

“Hey!” Suara-suara girang menegur dengan serentak.

Mereka semua telah kembali ke petak sofa. Wajah-wajah masing-masing dibasahi peluh. Maya yang terakhir sekali masuk ke ruangan itu. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila melihat Ayu duduk rapat di sebelah aku. Gadis itu mendekati kami berdua, bergerak melepasi Ayu lantas terus duduk di atas peha kanan aku. Tubuhnya mengadap Ayu yang duduk di sebelah kiri aku. Yang lain segera bersorak melihat gelagatnya. Aku berdebar lagi.

Maya merendahkan badannya yang tinggi supaya mulutnya dapat mendekati cuping telinga aku. Gadis itu bersuara perlahan tetapi masih dapat aku dengar, “Belakon la betul-betul. Peluk I.”

Aku menuruti arahannya. Maya cuba meyakinkan rakan-rakannya tentang hubungan cinta kami. Aku merangkul pinggang gadis itu dengan tangan kanan. Tubuhnya yang tinggi dan kedudukan punggungnya di atas peha aku membuatkan wajah aku menjadi hampir dengan dadanya. Aku bersahaja dan melarikan pandangan kepada Don yang duduk bertentangan dengan kami.

Mereka mengangkat gelas masing-masing dan berkata serentak,”Cheers!” lantas meneguk isi gelas masing-masing sehingga habis.

Maya mengangkat gelasnya dan meletakkan gelas aku di tangan kiri aku.

Maya menyertai mereka,”Cheers!”

Aku meniru Maya,”Cheers!”

Don kemudiannya bersuara,”Guys, order lagi! C’mon, Maya, have a real drink!”

Maya hanya tersenyum mendengarkan jemputan mereka supaya sama-sama minum minuman keras. Gadis itu bergerak turun dari peha dan mendaratkan punggungnya ke atas sofa di sebelah kanan aku. Namun, tangan kanan aku masih terlekat di pinggangnya.

“Alip tak bagi I minum,” katanya kepada mereka. Kemudian, merapatkan wajahnya ke wajah aku, sambil berkata kepada aku, “Betul tak, darling?”

Wajah kami begitu rapat hingga hampir bertembung. Aku boleh menghidu bau nafas gadis itu. Aku mengagak pasti dia dapat berasa nafas aku yang tak keruan.

Aku berkata kepada mereka tetapi mata aku tetap merenung ke dalam mata gadis itu, “Dia dah besar. Tak payah mintak izin aku.”

Tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah aku, Maya berkata kepada mereka lagi, “Depan korang dia kata, okey. Tapi sebenarnya dia tak suka I minum.”

Aku bersuara perlahan agar tidak didengar oleh yang lain, “Kau buat apa ni?” Gadis itu hanya tersenyum dan mengenyit matanya.

“Maya, kau ajar la Alip tu minum. Bila dia dah minum nanti, dia mesti tak kisah kau minum punya,” gadis bernama Kathy memberikan cadangan. Gadis itu bertubuh agak gempal tetapi kelihatan yakin dengan dirinya kerana memakai dress pendek berwarna merah yang hampir sama gayanya seperti Maya.

Maya menjarakkan diri dari aku tanpa berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum sambil memejamkan mata dan menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu yang berkumandang.

Kemudian gadis itu mengangkat kedua tangannya tinggi menunjuk ke langit. Kemudian kedua tangan itu diturunkan perlahan-lahan dan terhenti separas bahu. Dengan menuding jari telunjuk ke arah mereka, dia berkata, “Order up!”

Semua pun bersorak. Aku melihat sahaja gelagat mereka yang sedang agresif berseronok dengan debaran di dada.

Linda memanggil pelayan. Seorang pelayan perempuan mendekati petak kami.

Don memandang wajah setiap kami. Yang lain tidak bersuara tetapi lelaki itu seolah-olah memahami kehendak selera masing-masing dan memesan, “Coke satu jag and a bottle of Chivas 18.”

*****

Pelayan datang meletakkan sebuah botol yang bersaiz sederhana. Lazimnya botol sebegitu dapat memuatkan cecair sebanyak lebih kurang 700 mililiter hingga satu liter. Dia juga meletakkan satu jag cecair yang aku kenal adalah minuman ringan kola bersama satu bekas keluli berisi kiub-kiub ais. Di dalam bekas itu diletakkan penyepit. Gadis pelayan itu menghilangkan diri sebelum kembali dengan membawa tujuh biji gelas kaca setinggi tiga inci. Akhir sekali, dia meletakkan kertas bil caj bayaran yang diselit di dalam sebuah folder kecil berwarna hitam.

Maya segera mengambil folder itu sambil mencapai clutch yang terdampar di atas sofa. Dia mengeluarkan sekeping kad plastik dan meletakkannya ke dalam folder tersebut. Diserahkannya benda hitam itu kepada pelayan dan gadis itu pun beredar.

Don mencapai botol. Lelaki itu, dengan begitu mahir membuka penutup botol dan menuangkan sedikit cecair wiski ke dalam setiap gelas. Pada anggaran aku, dia hanya menuangkan sebanyak 150 hingga 180 mililiter cecair tersebut ke dalam setiap gelas.

Linda, kemudiannya mengedarkan gelas-gelas itu ke depan setiap orang sambil berkata, “Untuk yang mula-mula ni, neat, no ice.”

Upacara tergendala sebentar apabila pelayan tadi kembali membawa folder yang sama dan terus menyerahkannya kepada Maya. Folder itu dibuka dan sebatang pen terus dihulur. Maya menurunkan tandatangannya. Kemudian, sehelai salinan resit beserta kad kredit tadi diserahkan kembali kepada Maya.

Jack menghulurkan sekeping wang kertas berwarna hijau kepada pelayan itu. Selepas mengambil wang yang dihulurkan dan mengucapkan terima kasih, gadis pelayan itu meninggalkan kami.

Don yang mula-mula mengangkat gelas diikuti yang lain-lain serentak termasuk Maya. Hanya aku sahaja yang tidak memegang gelas. Semua mata terpaku ke arah aku. Aku membalas renungan mereka dengan senyuman.

Aku berkata kepada semua, “Ignore me and go ahead, guys. Have fun.

Ayu yang duduk di kiri menyentuh lengan aku sambil berkata manja, “Ala... c’mon la, Alip! Macamana nak enjoy kalau tak minum?”

Maya tiba-tiba bersuara sambil meninggikan gelasnya, “It’s okay, guys. Just ignore him.”

Mereka pun menurut arahannya dan turut meninggikan gelas.

Bottoms up!” kata Maya. Yang lain-lain segera bersorak, “Cheers!”

Mereka meneguk keseluruhan cecair dan seorang demi seorang menghentakkan gelas ke atas meja. Aku lihat wajah-wajah mereka berkerut seperti menahan satu macam rasa tidak selesa.

Kathy mengangkat tinggi kedua tangannya ke udara sambil menjerit girang, “Wooo!!!”

Aku memandang ke arah Maya. Gadis itu belum menghabiskan tegukkannya. Sebaik sahaja semua cecair tersebut habis memasuki mulutnya, dia meletakkan gelasnya perlahan ke atas meja. Dia terus berdiri dan berpusing mengadap aku. Aku memerhatikannya. Yang lain turut memerhatikannya.

Dengan bersahaja, Maya menarik hujung dress ketatnya sehingga ke pangkal peha. Dia meletakkan lutut kirinya di sebelah peha kanan aku. Kemudian, gadis cantik tinggi lampai itu mengangkat kaki kanannya yang panjang runcing lalu mendaratkannya ke sebelah peha kiri aku. Aku berdebar lagi. Mata aku terus memandang wajahnya.

Maya kini duduk di atas kedua peha aku. Bahagian depan tubuh kami rapat hampir bertemu. Aku berasa sukar bernafas. Aku mula tersentuh kedua pehanya yang terdedah. Dia merapatkan wajahnya ke wajah aku. Aku terhidu bau kuat bahan alkohol yang diteguk gadis itu tadi. Barulah aku sedar cecair tadi belum ditelannya dan masih terkumpul di dalam mulut gadis itu.

Pandangan aku terhalang daripada melihat yang lain-lain. Hanya Ayu sahaja yang dapat aku lihat melalui pandangan ekor mata. Gadis itu tidak berganjak dari tempatnya. Dia sekadar mengalihkan pehanya sedikit supaya Maya dapat meletakkan lutut kanannya di atas sofa dengan selesa. Bahkan Ayu turut merapatkan wajahnya ke sisi wajah kami berdua yang sedang bertembung itu. Aku pasti mereka semua sedang memerhatikan aku dan Maya dengan penuh minat.

Kemudia aku mendengar mereka serentak menyebut berulang-ulang, “Minum! Minum! Minum!”

“Minum! Minum! Minum!”

“Minum! Minum! Minum!” mereka terus bersorak memberikan galakan.

Dengan sorakan sedemikian, Maya terus merapatkan bibirnya ke bibir aku. Buat pertama kali aku merasa kelembutan bibir seorang gadis melekap ke bibir aku sendiri. Hampir sahaja aku hilang kawalan kerananya. Aku mencuba sedaya-upaya mengawal kewarasan. Aku tahu, perlakuannya itu adalah untuk memaksa aku meneguk arak tersebut terus dari mulutnya. Walau bagaimanapun, aku terus merapatkan bibir kerana enggan minum.

Menyedari keengganan aku itu, gadis itu menekan tubuhnya ke tubuh aku. Aku semakin sukar bernafas. Aku berasa tidak berdaya untuk menolak tubuh gadis yang pastinya begitu ringan beratnya itu jauh dari tubuh aku. Dalam suasana yang menyesakkan itu, aku meramas kedua peha gadis itu sebagai cubaan menyatakan kepadanya agar menghentikan perbuatannya. Akhirnya aku mengalah lalu membuka mulut. Cecair itu terus berpindah masuk ke mulut aku.

Bibir kami masih bertaut. Namun, aku tidak juga menelan arak tersebut. Maya turut menyedari perkara itu. Dia lantas terus memperhebatkan kucupannya terhadap bibir aku. Debaran di dada aku menjadi bertambah hebat. Dalam helaan nafas yang tersekat-sekat, aku mengalah. Aku terasa semacam satu sengatan hingga ke kepala apabila campuran tersebut aku telan. Wajah aku berkerut.

Ayu yang mula-mula sekali bersorak, diikuti yang lain-lain,”Yay!”

Serentak itu, Maya terus berhenti mengerjakan aku. Gadis itu terus menjauhkan dirinya dari aku dan kembali duduk di atas sofa seperti tadi. Dia membetul-betulkan pakaiannya dan tersenyum kepada aku.

Selepas upacara tersebut selesai, aku diam seketika. Masih terasa lagi kekuatan sengatan minuman itu di pangkal saluran esofagus. Mereka semua tertawa gembira. Sedangkan aku masih tercungap-cungap mendapatkan udara. Semuanya berlaku dengan pantas. Otak aku tidak sempat memproses apa yang sebenarnya berlaku.

U okey tak?” Ayu bertanya.

Aku terus diam. Aku menunggu-nunggu sebarang reaksi dari tubuh terhadap cecair yang tidak pernah masuk ke badan aku itu.

Melihatkan aku dalam keadaan demikian, Don terus bersuara, “Kena bagi dia satu shot lagi. Nanti dia okey la tu.”

Serentak dengan cadangan Don, Ayu terus menyerahkan gelas aku yang belum terusik. Aku tidak menyambut gelas yang dihulurkan.

“Lu nak Maya buat macam tadi lagi ke kat lu?” ujar Jack.

Aku menoleh memandang Maya. Apabila mata kami bertentangan, dia hanya tersenyum. Aku menoleh ke arah Ayu lalu mengambil gelas di tangannya. Gelas itu kini berada di bibir. Bau cecair itu menusuk hidung. Keras. Aku menarik nafas dalam dan terus menuang kesemua cecair itu ke mulut. Mereka bersorak lagi.

Round two!” Kathy menjerit dan mula menuang ke dalam gelas-gelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan