Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 23

Pengalaman pertama aku berfoya-foya telah mengubah jadual belajar aku untuk kali pertama. Pada hari itu, untuk pertama kali aku telah ponteng kelas. Kelas-kelas pertama dalam semester tersebut.

Aku mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat. Aku meminta maaf, menerangkan dan menyerahkan sijil cuti sakit kepada mereka. Pensyarah-pensyarah tersebut menerima alasan aku dengan baik. Bahkan mereka dengan begitu mengambil berat turut bertanyakan perihal kesihatan aku. Aku berasa bersalah kerana menipu mereka. Itulah pertama kali hal tersebut aku lakukan.

Kebanyakan pensyarah-pensyarah di fakulti perakaunan telah mendengar cerita tentang prestasi pelajaran aku. Oleh itu, walaupun ada di kalangan mereka yang baru pertama kali aku mengikuti kelas mereka, namun bukanlah kali pertama aku menemui mereka. Bahkan, pada hari pertama, sebelum diculik oleh Maya, aku telah pun menemui mereka satu persatu untuk berbincang dan meminta tip secara ringkas tentang subjek yang mereka ajar.

Pada hari seterusnya, aku menghadiri kelas seperti biasa. Aku seolah-olah seperti ikan yang kembali ke dalam air. Tempat di mana ketenangan sebenar dapat aku alami ialah ketika belajar. Namun, selepas apa yang terjadi, tumpuan aku mula berbelah-bagi.

Ingatan terhadap aktiviti kurikulum tambahan bersama teman-teman yang baru aku kenal malam itu sentiasa datang ke fikiran. Lebih-lebih lagi tentang apa yang terjadi pada bahagian terakhir di malam tersebut. Perkara yang terjadi antara aku dan Maya.

Aku masih lagi menjadi tutor peribadi kepada gadis cantik tinggi lampai itu. Dengan apa yang telah terjadi, perangainya yang suka ambil sambil lewa terhadap perkara-perkara serius semakin menjadi-jadi. Tiada lagi kesungguhan dalam sikapnya ketika belajar. Latihan-latihan yang aku berikan kepadanya sering dibiarkannya terbengkalai.

Apabila aku mula menunjukkan tanda ingin marah, dia terus merajuk. Aku tidak pernah peduli dengan rajuk seorang perempuan. Atau lebih tepat lagi, tidak ada perempuan yang merajuk dengan aku sebelum ini. Apa yang menghairankan, setiap kali Maya merajuk, aku akan memujuknya.

Aku sering mengatakan perkataan-perkataan begini kepadanya, “Kalau U tak larat nak buat exercise ni sekarang, nanti bila U free, U buat, okey?”

Ya, aku pasti yang kalian pun perasan perubahan percakapan aku dalam ayat di atas. Aku telah mula menggunakan gantinama berbahasa Inggeris I dan U menggantikan aku dan kau. Perkara ini pun terjadi kerana gadis itu juga.

Ia terjadi satu hari ketika kami sedang belajar. Maya bersoal-jawab dan mempertikaikan cara percakapan aku.

Maya memulakan perbualan, “I hairanla…”

“Kau hairan apa?”

“English U bagus. Tapi U cakap macam orang kampung.”

Dah aku memang orang kampung, nak buat camana? By the way, macamana orang kampung cakap sebenarnya?”

“Macam U cakap sekarang la. But without the English words here and there. U kena tukar cara U cakap.”

Tak nak la.”

“Senang je kalau nak bagi bunyi standard sikit. U tukar je kau, aku tu jadi I, U. Baru la standard bila U nak converse dengan sesiapa. ”

Tak mau la.”

Ala... bolehla, yang”

Maya kerap memanggil aku dengan panggilang Sayang, Yang, Honey atau yang seumpanya. Panggilan-panggilan itu membuatkan aku menjadi keliru. Dia tidak pernah langsung bercakap soal hati. Perbualan kami hanya seperti kawan biasa. Hubungan intim kami di malam itu pun tidak pernah diulasnya. Semua itu menjadikan aku sering dalam keadaan tertanya-tanya.

Tak mau.”

“Kalau U tak nak, jangan cakap dengan I langsung.”

“Suka hati kau la.”

“Okey, kalau macam tu, jangan jumpa I dah.”

Gadis itu terus bingkas bangun dan mengemas buku-buku dan barang-barangnya.

“Kau nak pegi mana tu?”

I tak nak cakap dengan orang yang cakap macam tu.”

Untuk seketika, aku berasa ada bagusnya jika gadis itu meninggalkan aku. Dapatlah aku menumpukan perhatian terhadap pelajaran aku seperti sebelum ini. Tetapi, tiba-tiba hati aku menjadi panik. Apa akan jadi sekiranya aku benar-benar tidak lagi dapat bertemunya? Aku pasti tidak akan dapat melalui situasi begitu. Lantas, perbualan seterusnya pun terjadi.

“Okey, okey. U nak pegi mana tu?”

Pergerakan gadis itu terus terhenti serentak dengan perubahan percakapan aku. Dia memberikan senyuman manisnya yang sungguh-sungguh dapat mencairkan iman aku lalu kembali duduk.

“Haa… macam tu la. Ingat! Kalau U cakap macam tadi lagi dengan I, I terus jalan tinggalkan U.”

Begitulah tindak-tanduk Maya dalam mempengaruhi aku. Sejak itu, begitulah gaya percakapan aku dengan gadis itu. Kadang-kadang, gaya percakapan aku itu terbawa-bawa ketika aku bercakap dengan Kasim dan juga rakan-rakan yang lain.

Apabila dikomen oleh rakan-rakan tentang perubahan aku itu, aku memberikan alasan sedang membuat persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan. Aku menerangkan, apabila berada di alam pekerjaan, ramai orang akan bertutur dengan gaya begitu. Sungguh ironi.

Pada suatu hari, aku dan Maya berada di tempat duduk kegemaran kami di perpustakaan. Aku sedang belajar untuk ujian bulanan subjek Financial Accounting V yang akan diadakan lagi 2 hari sahaja lagi. Maya pula sedang membelek-belek lembaran-lembaran sebuah majalah fesyen. Kerja-kerja latihan subjek Management Accounting II yang aku berikan langsung tidak disentuhnya.

U, I boring la study kat sini.”

Tanpa mempedulikannya, aku berkata, “Kita sembang kejap lagi boleh tak? Lusa I ada test.”

Maya seolah-olah tidak mempedulikan kepentingan ujian yang bakal aku hadapi. Dia meneruskan perkataannya, “Lagipun I tak larat la nak balik lambat selalu sebab kena study overtime kat sini. Tiap kali balik je mesti sangkut dalam traffic jam. Sampai rumah je I dah penat tau.”

“Habis tu U nak I buat apa?” Aku berkata sambil melihat hasil kiraan yang muncul di paparan mesinkira saintifik yang baru sahaja aku tekan.

Jom duduk dengan I.”

Kata-kata gadis itu membuatkan hasil kiraan yang tertera di mesinkira hilang kepentingannya.

Come again?!” Aku meminta kepastian.

Jom duduk serumah dengan I.” Dia mengulang perkataannya dengan selamba.

“Kenapa pulak U nak I duduk dengan U?”

“Senang I nak belajar dengan U. Lagipun I sunyi duduk rumah tu sorang-sorang.”

Kalian mungkin telah sedia maklum dengan sistem penempatan di kebanyakan universiti tempatan. Sekiranya kalian belum lagi maklum, ingin aku beritahu bahawa, tempat tinggal di asrama universiti adalah terhad. Kebiasaannya, tempat tersebut hanya diberikan kepada pelajar-pelajar tahun pertama sahaja. Apabila pelajar-pelajar memasuki tahun yang kedua, mereka tidak lagi ditawarkan tempat di asrama.

Bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang, mereka akan terus ditawarkan tempat tinggal di asrama. Tinggal di asrama mempunyai banyak kelebihan. Kelebihan pertama, ia sangat menjimatkan. Bagi pelajar yang kedudukan kewangannya seperti aku, tinggal di asrama adalah satu keputusan yang sangat tepat.

Kelebihan kedua, semua kemudahan fasiliti berada berdekatan dengan tempat tinggal. Oleh itu, penumpuan dalam pelajaran menjadi lebih baik. Perkara ini juga sangat-sangat memberikan manfaat kepada aku. Kerana itu, aku keberatan untuk mengabaikan privilege yang sedang aku nikmati.

Walau bagaimanapun, perlu aku terangkan kepada kalian, dalam hal berkaitan dengan Maya, segala logik dan rasional walau bagaimana kukuh sekalipun, tetap boleh berganjak dari minda aku.

“Maya, U tau kan I masuk belajar kat sini under special scholarship?”

I tau. So?”

U tau jugak tak, kalau CGPA I turun bawah B+ sekalipun, they’ll revoke my scholarship?”

So?”

So, duduk kat luar ada chances besar boleh affect my study. I tak nak ambik risiko tu.”

Meaning to say, U nak bagitau, yang I ni buat U tak boleh study la, kan? Okay, fine. I tak nak ganggu U lagi dah lepas ni.” Gadis itu terus mencapai barang-barangnya.

Aku memegang tangannya dan berkata, “I don’t mean like that. Kenapala U ni? Sikit-sikit nak cabut. Everything can be talked down, kan? I bukan tak nak duduk dengan U. What I mean… I tak biasa dengan suasana kat luar tu. Jadi, I bimbang kalau-kalau nanti I tak boleh keep up dengan life kat luar pastu affect my study.”

Aku menyusun ayat dengan berhati-hati. Gadis itu tidak jadi berkemas mendengar kata-kata aku.

Ala... I yakin U mesti boleh. U bukan student sembarangan. Kalau tak, takkan la U boleh dapat special scholarship macam tu. Of all the people in Malaysia, they chose you.”

I ni student biasa-biasa je la U. Semua tu rezeki. Lagipun takkan la I nak saja je duduk dengan U. I mana ada duit banyak.”

Nak buat apa duit banyak?”

Nak bayar sewa rumah U.”

“Sewa apa? U duduk dengan I free je la.”

I nak pegi kelas naik apa?”

“Kereta I kan ada. Kita gi la kelas sama-sama tiap hari. Balik sama-sama.”

“Kelas kita kan dah tak sama. Kalau time I ada kelas, U pulak takde kelas time tu, camana?”

U drive je la kereta I tu. U ada driving license, kan?”

“Ada. Makan pulak camana? Makan kat kolej murah. Kat luar tu mahal, I tak mampu.”

Don’t worry. Kita cari la tempat makan yang biasa-biasa je hari-hari. So, what say you?”

Tak tau la, Maya. Benda ni serius tau.”

I pun serius jugak.”

I don’t know, Maya. It sounds so risky.”

Risk is what we take, everyday.”

Macamana kalau kena serbu dengan pejabat agama?”

Untuk soalan ini, gadis itu tertawa kuat. Aku mengisyaratkannya supaya memperlahankan suara. Maya seolah-olah lupa yang kami berada di perpustakaan apabila mendengar ayat kenyataan aku itu tadi.

Area rumah I tu, mana ada pejabat agama nak masuk. The whole stretch rumah I tu semuanya non-Muslim. I sorang je Melayu kat situ. Ala... jom la, U. It’s gonna be fun.”

Macamana kalau your dad datang?”

My dad tak pernah datang rumah tu. Lagipun, kalau dia boleh simpan mistress, I pun boleh la duduk dengan U.”

Aku terdiam. Gadis itu sangat arif mempengaruhi aku.

“Kita try dulu la seminggu.”

“Okey. Lepas seminggu kalau takde apa-apa masalah, you move-in, okay?”

Okay.”

Promise?”

Promise.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan