Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 38

Aku meninggalkan restoran Madam Kwan tanpa sempat menyentuh apa-apa makanan pun. Seandainya rasional masih wujud tadi, pasti aku akan menunggu untuk melepaskan kemarahan selepas selesai makan. Sayangnya, api kemarahan telah memusnahkan segala jenis kewarasan.

Marah adalah satu amalan yang menelan banyak tenaga. Adrenalin meningkat. Jantung berdegup lebih laju. Nafas menjadi sesak. Tubuh menggeletar. Penuh dengan unsur negatif.

Seumur hidup, aku muncul di mana-mana saja, berinteraksi dengan sesiapa saja, dengan kesabaran yang tinggi. Kemarahan jarang dapat menguasai diri terlalu lama atau terlalu dilepaskan mengikut perasaan. Aku mungkin sesuai dijadikan model terbaik dalam program Pengurusan Kemarahan, Anger Management. Namun, pada hari ini aku hilang segala bentuk coolness kepada wanita itu. Setelah belasan tahun berusaha untuk memendamkan kemarahan itu, akhirnya ia meletup menghasilkan kerosakan.

Seorang pujangga Inggeris pernah berkata, ‘It is easy to get angry. But it is not easy to get angry to the right person.’ Aku tidak pasti sama ada aku marah sesuai kepada orangnya atau tidak pada hari ini.

Kemarahan sering menyebabkan pelakunya menyesal kerana padanya ada akibat. Pada hari ini aku turut menyesal kerana menanggung beberapa akibat. Aku menyesal kerana lapar. Aku menyesal kerana terpaksa balik menaiki LRT. Dan jauh di lubuk hati, aku menyesal kerana merosakkan peluang dapat bersama wanita itu… semula.

*****

Menjelang senja aku tiba di rumah. Bersesak-sesak dalam LRT dan bas untuk sampai ke rumah sungguh memenatkan. Setiba di rumah, aku segera mengemas rumah yang bersepah. Dalam perjalanan tadi aku sempat membeli dua bungkus burger ayam untuk mengalas perut yang lapar. Barang-barang runcit untuk memenuhkan peti sejuk yang kosong juga turut dibeli.

Apabila selesai mengemas, hati diserang perasaan resah. Resah kerana kebosanan dan resah selepas melalui kejadian tadi. Aku perlu segera menenangkan perasaan.

Aku menyeluk poket mengeluarkan telefon pintar lalu mula menghantar SMS kepada Dina. Belum pun sempat aku dapat meletakkan telefon ke atas meja, SMS balasan dari gadis itu aku terima. Maka, kami terus berbalas pesanan ringkas.

Alip:      Apa plan mlm ni?

Dina:     Takde plan pape. Jap lg I dtg umah U.

Alip:      K. U ada cash in hand tak?

Dina:     Ada. Nape?

Alip:      Tlg beli JD sebotol. Nanti I bayar balik.

Dina:     K. Anytg else?

Alip:      U dah makan belum? Kalau belum, beli la makanan. I ada 2 biji burger. Kalau nak share pun boleh.

Dina:     Takpe, u makan la burger2 tu. I dah makan. Ada apa2 lg?

Alip:      Pakai seksi2

Dina:     Org tua gatal!!!

Alip:      LOL! One more thing, nape u balik tak pakai panties?

Dina:     Bukan saje2 tak pakai. I cari tak jumpa. Tak ingat letak kat mana. So, I balik je la terus…

Alip:      Bengong! Abis, ni dtg pakai panties tak?

Dina:     I mls lyn u dah. K bai! :-p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan