Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 24

Aku pun mengemaskan pakaian dan tinggal di rumah Maya untuk seminggu sebagai menjalani sesi test run seperti yang kami persetujui. Selama seminggu itu, perjalanan pergi ke universiti dan balik ke rumah lancar. Makan minum juga tidak menjadi masalah kerana kami makan tengahari di kafe fakulti dan makan malam di gerai-gerai sekitar Subang Jaya yang mengenakan bayaran berpatutan untuk standard pelajar sengkek seperti aku.

Aku diberikan bilik yang terletak berdepan dengan bilik Maya. Setiap malam kami belajar bersama di meja makan yang besar dan masuk tidur awal. Maya tidur di biliknya, aku tidur di bilik aku. Tidak ada perkara luarbiasa yang berlaku. Aku mula terfikir, mungkin juga ia adalah idea yang bagus.

Tambahan pula, aku telah mula sukakan keadaan tempat tinggal selesa yang ditawarkan oleh Maya. Rumahnya bersih dan luas, ada dapur tempat memasak dan menyimpan makanan. Pakaian yang kotor boleh dibasuh dengan menekan satu butang sahaja di mesin basuh. Pada hujung minggu, seorang maid berbangsa Indonesia datang membersihkan keseluruhan rumah. Memang ia adalah satu idea yang bagus.

Seperti yang dijanjikan, pada minggu kedua, aku pun mengangkut semua barang-barang dan berpindah masuk ke rumah gadis itu. Kepada Kasim, aku memberitahunya yang aku tinggal di rumah saudara. Aku juga berpesan supaya menjaga tempat aku dengan baik kerana mungkin aku akan kembali tinggal di asrama.

Pada awalnya, semua berjalan seperti yang dirancangkan. Namun, ia hanya bertahan untuk tempoh dua minggu sahaja. Selepas itu, segalanya mula berubah. Maya telah kembali aktif dengan aktiviti malamnya. Hampir setiap malam gadis itu keluar berfoya-foya. Apabila menjelang subuh baru dia kembali, selalunya dalam keadaan mabuk.

Aku tidak pernah mengikutinya keluar malam. Masalah timbul setiap pagi apabila aku mahu ke kelas. Amat sulit untuk mengejutkan gadis itu untuk sama-sama ke kelas. Akhirnya aku terpaksa ke kelas bersendirian dengan memandu keretanya.

Kebiasaannya, aku akan terus berada di universiti sehingga waktu petang. Tetapi sekiranya Maya tidak dapat dibangunkan untuk menghadiri kelas paginya, aku tetap akan pulang ke rumah bagi memastikan kelas di slot kedua atau kelas petang dapat dihadirinya. Sekiranya dia masih enggan bangun ke kelas, aku akan ke gerai membelikannya makanan tengahari dan meninggalkannya di dapur bersama-sama nota berpesan kepadanya supaya makan.

Ketika gadis itu ponteng, aku akan pergi menemui rakan-rakan kelasnya untuk bertanya kalau-kalau pensyarah mereka ada memberikan kerja-kerja latihan. Sekiranya ada, aku akan membuat salinan supaya dapat aku serahkan kepada Maya di rumah nanti.

Segala aktiviti tambahan tersebut amat memenatkan dan sedikit sebanyak telah memberikan kesan terhadap pelajaran aku. Kerja-kerja tugasan yang aku serahkan kepada pensyarah menerima penilaian yang rendah berbanding sebelum ini. Aku pergi menemui pensyarah-pensyarah untuk berbincang tentang markah penilaian yang aku terima. Mereka menerangkan sebab dan alasan untuk markah sedemikian. Mereka menasihatkan aku supaya berusaha lebih dalam peperiksaan akhir semester.

Pada suatu malam, aku sedang belajar. Maya menuruni tangga dalam keadaan telah siap berdandan. Dia memakai seluar jeans ketat dengan blouse biru muda. Kecantikannya tetap mempesonakan aku.

Aku terus berkata kepadanya, “Esok U ada test Business Management, kan?”

Ye ke?”

Ye. I tanya Joe last week.”

“Siapa Joe?”

“Budak kelas U la.” Aku cuba menerangkan, “Doesn’t matter… yang pasti U ada test esok. Kalau U fail test ni, nanti carry mark U teruk. Susahla U nak kena struggle dalam final exam nanti.”

Ala... I keluar kejap je.”

U cakap je kejap. Dah seronok-seronok kat sana lupa la nanti.”

“Kalau macam tu, U ikut I la. Kalau U ada, bolehla U ingatkan I untuk balik awal. Pukul satu kita balik. U pun dah tak pernah ikut I lagi since hari tu.”

Tak mau la. Esok pagi I ada presentation. I tak nak bangun lambat nanti.”

Ala... jom la, honey. Pukul satu kita balik. U tak risau ke biar I keluar sorang-sorang?”

“Mesti la I risau. Tiap kali U keluar malam, I tak boleh tido. Bila U dah balik baru I boleh pejam mata.”

Maya datang hampir dan terus mencium pipi aku,”You’re so sweet. Dah, pegi siap cepat. I tunggu U.”

Gadis itu terus menutup buku-buku yang terbuka di atas meja. Aku memandangnya terpinga-pinga.

“Bila masa I cakap I nak pegi?”

I tak kira. U siap sekarang jugak.” Maya berkata sambil menarik tangan aku.

Dengan perasaan yang begitu berat di hati, aku pun bersiap-siap. 15 minit kemudian, aku telah pun berada di dalam kereta.

Kami tiba di kelab pada jam 10 malam. Suasana masih agak lengang di kelab ketika itu. Hanya Don, Ayu, Linda dan seorang gadis yang belum pernah aku lihat sebelum ini sahaja yang ada di petak sofa tempat kami melepak sebelum ini.

Melihat kami datang, kumpulan itu bersorak,”Hey, Alip! Lama tak nampak U.”

Hi guys! I jadi bodyguard tuan puteri je malam ni. Nak pastikan dia balik ikut curfew.”

Kami bersalaman. Ayu dan Linda memeluk aku mesra. Di atas meja telah tersedia satu jag kola bersama sebotol minuman keras dan sebekas keluli berisi ais. Don segera memanggil seorang pelayan lelaki. Selepas membisikkan sesuatu di telinganya, lelaki itu beredar.

Seketika kemudian, pelayan itu kembali dengan dua buah gelas kosong. Aku pasti kedua-dua gelas itu adalah untuk aku dan Maya.

Me and Maya are alcohol-free, tonight. Esok Maya ada test. I ada important presentation.”

Don hanya mengangkat bahu lantas menuangkan kola ke dalam gelas-gelas kami. Aku mengambil ais dari dalam bekas keluli dan meletakkannya ke dalam kedua gelas tadi.

By the way, Ini Mimi. Newest member of the pack.”

Aku pun bersalaman dengan gadis bernama Mimi yang baru sahaja diperkenalkan kepada aku. Gadis itu cantik. Walau bagaimanapun dia tidak secantik Maya. Wajahnya bulat menawan dan senyumannya juga manis. Pakaiannya ringkas dengan hanya berseluar jeans dan singlet.

The pack? So, there is a pack, now. Macam serigala pulak.”

“Jangan cakap banyak la, Alip. You’re one of us, now.”

Oh! Am I?”

Yes, you are.”

Whatever you say, boss. Toast to the pack.” Aku berkata sambil menyuakan gelas berisi kola kepada Don.

Don dan gadis-gadis yang lain turut mencapai gelas masing-masing dan menyuakannya serentak untuk mengajukan ucap selamat minum.

Kami pun berkata serentak, “The pack!”

Kemudian, Don, Maya, Linda dan Mimi bergerak ke lantai dansa. Aku dan Ayu terus duduk di sofa. Kami bertugas memerhatikan barang-barang yang ditinggalkan di petak tersebut.

Ayu mengambil sebatang rokok dari dalam kotak Dunhill yang ada di atas meja. Dia mencari-cari pemetik api. Aku mencapai pemetik api Zippo yang aku kenal pemiliknya… Don. Aku nyalakan apinya dan mendekati Ayu. Gadis kecil molek itu menghulurkan kepalanya mendekati aku supaya mudah hujung rokoknya bertemu dengan api tersebut.

Sambil menghembuskan asap ke udara, Ayu berkata hampir dengan telinga aku, “So, I dengar U duduk dengan Maya sekarang.”

“Cepat betul berita tersebar.”

“Maya yang bagitau I.” Sambil menghembuskan asap, Ayu menyambung, “Maya tu bestfriend I. Tapi I nak ingatkan U, dia tu susah nak control. Susah nak puaskan dia. Very unpredictable.”

I thought bestfriend tak kutuk bestfriend.” Aku menyindir gadis itu.

I bukan kutuk dia. Tapi mengingatkan U je.”

Selepas itu kami terus berbual-bual tanpa menyentuh cerita tentang gadis cantik tinggi lampai itu lagi. Kumpulan itu terus berseronok. Maya tidak lagi mengendahkan cadangan aku. Dia seronok meminum minuman keras. Aku hanya menjadi pemerhati. Tepat jam 1 pagi aku pun mengajaknya pulang. Jelas di pandangan aku yang gadis itu masih belum puas berseronok. Bagaimanapun, dia akur dengan aku.

Aku memandu pulang pada malam itu. Maya telah pun tertidur kerana mabuk. Banyak juga vodka yang diminumnya malam ini. Tiba di rumah, aku membuka pintu dan memapah gadis itu naik. Di biliknya, aku terus membaringkannya di katil.

Ketika aku baru sahaja hendak meninggalkannya, gadis itu bersuara dengan mata terpejam, “Darling, tolong bukakan baju I. Tak selesa la tido pakai baju.”

Aku berdiri di muka pintu dalam keadaan teragak-agak. Kemudian aku pun menghampiri Maya dan menanggalkan blouse dan seluar jeans yang yang membaluti tubuhnya. Pakaian dalam gadis itu aku biarkan terus terpakai. Aku tidak berani melihat gadis cantik yang dalam separuh bogel itu lama-lama. Segera aku menyelimutkannya. Selepas menghidupkan suis penghawa dingin, aku pun keluar dari bilik tersebut.

Di luar bilik Maya, aku terfikir adakah keadaan begini akan berterusan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan