Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 34

Pada malam itu, aku bertemu dengan Puan Adlina di sebuah restoran makanan segera berdekatan rumahnya di Puchong. Agar tidak timbul sangkaan-sangkaan yang kurang menyenangkan, aku meminta dia menjemput suaminya supaya datang menemaninya.

Ketika bertemu, wanita itu memperkenalkan suaminya kepada aku. Kami duduk makan bersama di sebuah meja. Apabila selesai makan, aku pun ingin memulakan perbincangan seperti yang aku janjikan di telefon sebelum itu.

Puan Adlina meminta suaminya meninggalkan kami dengan sopan kerana perkara-perkara yang kami ingin bincangkan adalah sulit berkaitan hal-ehwal syarikat. Aku mengagumi sikap wanita itu. walaupun jawatannya tinggi di pejabat, namun tidak langsung mengurangi adab sopannya terhadap suami.

“Puan, kita bincang satu persatu, okey? Mula-mula hal report. Lepas tu baru hal Cindy.”

“Okey.”

First of all, I rasa Puan tau macamana I buat kerja, kan?”

Yes.”

Aku mengeluarkan dokumen-dokumen dari dalam beg galas dan meletakkannya di atas meja.

“Ini dokumen-dokumen tu. Bala tak buat apa-apa langsung. Dia bagi instruction, mintak I buat report tu lebih kurang 15 minit sebelum pukul 5. Lepas tu dia balik. I siapkan kerja sampai pukul 2 pagi.”

“Kenapa I bawak balik dokumen-dokumen tu? Sebab I dah baca semua dokumen tu line-by-line, page-by-page. It is highly classified. I tak boleh sepah-sepah dokumen tu merata-rata. Sebab tu I bawak balik.”

“Kenapa I tak datang hari ni? Okay, this one, totally my fault. I overslept sebab sampai rumah pun dah 3 pagi.”

“Kenapa I tak angkat telefon? Sebab bateri phone mati. I tertidur tak sempat nak charge phone.”

“Abang Alip ada proof ke, kerja-kerja ni semua abang yang buat?”

“Ada. Soft copy report-report ni ada dalam ni,” aku berkata sambil menunjukkan flash drive kepunyaan aku.

Soft copy ni takde dalam my PC, and impossible you can find it in Bala’s. Nanti I e-mail a copy to you.”

“Kalau Puan nak kata I ambik dari PC Bala pun tak mungkin. Semua PC kita protected dengan ID dan password, kan?”

“Bala tu very anxious and paranoid about his computer. Dia nak jaga porn materials yang ada dalam PC dia tu. There is no way I boleh tau password dia. Kalau Puan nak kata I hack PC dia… I mana ada skill macam tu.”

“Lagipun… bila Puan tengok report-report tu, Puan mesti tau itu memang kerja I. Kita semua ada style tersendiri bila buat kerja, kan?”

“Okey. Munasabah jugak cakap abang tu. Nanti kita akan buat investigation.”

Wanita itu mengambil kesemua dokumen-dokumen dan dimasukkannya ke dalam sebuah beg kosong yang dibawa bersamanya.

Aku meneruskan bicara, ”Secondly, regarding Miss Cindy.”

Okay, what about her?” Puan Adlina bertanya penuh minat.

To begin with, do I look like a rapist?”

Wanita itu ketawa kecil mendengar soalan aku. Kemudian, dia memberikan respon, “How does a rapist look like?” Seterusnya, dia menyambung, “Mana la I tau, bang. Ted Bundy tu pun muka macam orang baik-baik je. But what he did? Semua orang pun tak sangka dia boleh buat macam tu.”

“Okey. Apa yang sebenarnya terjadi ialah, I yang terserempak dengan diorang tengah butt naked and humping each other. I cepat-cepat balik sebab tak nak terlibat. I rasa Puan pun mesti dah dengar rumors diorang berdua ada affair, kan?”

Frankly speaking, memang I ada dengar pun. Tapi I ingatkan, ia cuma… rumors.”

Exactly! I pun macam Puan jugak. I mati-mati ingatkan, ia cuma… rumors. Tapi apa yang I tengok malam tadi, definitely bukan rumors

I can’t promise you anything, bang. I akan bawak hal ni ke yellow zone. Tengok what the bosses will have to say about this.”

“Puan, U tak payah buat apa-apa pun.”

Wajah wanita itu kehairanan. Aku mengeluarkan satu sampul surat dari dalam beg dan meletakkannya di depan wanita itu.

This is my resignation letter. It’s a 24-hours notice.”

Wajahnya berkerut mendengar kata-kata aku.

“Kenapa abang nak berhenti? Perkara ni kan masih boleh diselesaikan. Lagipun, I rasa semua evidence are on your side. Why quit?”

“Sebenarnya, I dah lama plan nak berhenti kerja. I just felt sick and tired with all this. Menyampah dengan manusia-manusia dalam dunia korporat. The lecherous and obnoxious type macam Bernard. The slutty type macam Cindy. The back-stabbing, envious and manipulative schmuck bastard macam Bala.”

Pegawai atasan aku itu terdiam mendengar luahan hati aku.

Seketika kemudian, dia berkata, “Abang dah fikir masak-masak?”

Yes.”

“Kalau macam tu, I will just have to proceed this to administration, then.” Wanita itu kemudian menyambung, “It’s a pity to lose a good staff such as yourself.”

I’m a nobody, Puan.” Aku merendah diri.

Kami berbual-bual untuk seketika dan akhirnya bersurai. Ketika kami sama-sama berjalan ke tempat letak kereta, secara tiba-tiba aku terfikirkan suatu perkara.

“Puan!”

“Ya, Abang Alip.”

I terfikir… diorang ni mengaku yang diorang masuk dalam kumpulan orang-orang pandai, kan? Tapi sebelum diorang buat semua lakonan tu, ada tak diorang terfikir tentang CCTV?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan