Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 36

Walaupun suasana di luar bising, rumah ini tetap aku rasakan sepi. Gitar akustik jenama Yamaha berwarna hitam menjadi teman. Sejak Dina meninggalkan rumah pagi tadi, aku terus menerus memainkan alat itu. Jari-jari mula terasa sakit dan pedih.

“Tuan-tuan, setakat inilah persembahan saya pada hari ini. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!” aku menuturkan kata-kata sambil menunduk hormat ke kiri dan ke kanan seperti lagak seorang pemain muzik yang baru selesai memberikan persembahan di pentas dengan disaksikan oleh ribuan penonton.

Gitar berwarna hitam yang aku beli ketika mula bekerja di firma audit itu aku letakkan di stand. Kemas tersandar. Alat itu terjaga rapi. Permukaannya sentiasa dilap bersih. Tali-talinya juga sentiasa aku lap dengan kain khas supaya tidak berkarat. Kenapa jenama Yamaha dan warna hitam yang menjadi pilihan aku? Entahlah… Mungkin sejak awal-awal lagi kenangan bersama Maya memang tidak dapat aku buang dari hati ini. Tak kira bagaimana aku cuba menafikannya, ia tetap tak berganjak.

Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi riff petikan gitar dengan aliran elektrik bersambung dengan distortion yang sangat aku kenal. Ia adalah permulaan lagu Alive persembahan Pearl Jam. Lagu itu telah lama menjadi nada dering rasmi telefon aku selama bertahun-tahun.

Sapa pulak yang call ni? Tak boleh la aku nak senang-senang time weekend macam ni.”

Walaupun kuat memprotes, aku tetap bergerak mencapai telefon yang terletak di atas meja TV. Nombor yang muncul di paparan skrin tidak bernama. Tetapi aku telah beberapa kali melihat susunan nombor itu sehinggakan aku kenal siapa pemanggilnya.

Selepas menekan ikon Answer, aku menyapa, “Hello, Maya!”

“Alip, Mana U pegi? I call U banyak-banyak kali tau.”

I tau. Sorry la… lupa nak return call. I sibuk.”

“Okey. U buat apa sekarang?”

Tak buat apa. Baru lepas main gitar.”

“Eee… bestnya! Lama tak dengar U main gitar.”

Ala... apa yang bestnya? Biasa-biasa je.”

Jom pegi tengok wayang.”

“Malasla, Maya. I tak mandi lagi. Malas nak buat apa-apa hari ni. I plan tak nak mandi sampai esok.”

“Eww… Gross! Ala... siap la cepat. I tunggu.”

Tak mau.”

I kat depan pintu rumah U ni. Kalau U tak nak siap, I buat drama. Nanti neighbour U semua keluar tengok.”

Aku tak dapat meneruskan kata-kata. Maya ada di luar pintu rumah aku? Apa yang patut aku buat? Patutkah aku persilakan dia masuk? Atau biarkan sahaja dia berdrama di situ. Apa yang aku nak bimbangkan? Hidup di flat ini memang langsung tidak berjiran. Pandangan serong dari jiran-jiran bukanlah menjadi masalah bagi aku.

Aku menekan ikon End untuk menamatkan perbualan telefon. Pergerakan dalam flat yang kecil itu sangat menjimatkan masa. Beberapa langkah sahaja aku telah pun berdiri di depan pintu utama. Semua kunci aku buka. Daun pintu dikuak. Bau harumannya yang terlebih dulu menyerbu masuk. Kemudian, aku melihat orangnya di situ, berdiri di depan aku.

Dengan wajah serius, aku berkata, “You’re so bloody-damn persistent.”

Wanita itu tertawa kecil sambil melangkah masuk tanpa menunggu aku mempersilakannya. Penampilannya ternyata berbeza berbanding belasan tahun dulu. Lebih matang. Namun masih anggun dan menawan. Pakaiannya ringkas dengan hanya mengenakan seluar jeans dan blouse. Pemilihan tudungnya sesuai dengan keseluruhan gayanya pada hari itu. Walau bagaimanapun, stiletto setinggi empat inci masih menjadi pilihannya.

Maya berdiri memandang sekeliling. Kemudian matanya kembali memandang aku.

I suka dekor rumah U. Sponsored by Ikea ke?”

Aku terus memandangnya tanpa senyuman, tanpa kata-kata.

Can I use your toilet?”

Aku meluruskan tangan ke arah tandas kecil di flat itu. Dia menanggalkan kasut, meletakkan beg tangan besar LV di atas meja makan dan segera menyelinap ke arah yang aku tunjukkan. Aku menyalakan rokok sambil terus melabuhkan punggung di atas sofa. Alat kawalan jauh TV aku capai dan terus menekan butang berwarna hijau di atasnya. Paparan LED itu lantas bernyawa. Seketika kemudian aku mendengar tandas dipam dan kemudian pintu yang dibuka.

“Apa ni?”

Aku mengalihkan pandangan yang dari tadi terpaku di skrin, ke arah suara itu. Dia berdiri di sisi meja makan. Tangan kirinya mencekak pinggang. Tangan kanannya ditegakkan dengan telunjuk diluruskan ke atas sementara siku tertancap di pinggang. Di hujung telunjuknya yang tegak itu tersangkut seluar dalam milik Dina.

‘Apa panties tu buat kat sini? Masa bila pulak Dina balik tak pakai panties?’ hati aku ligat berfikir dan mengingat.

Tu my mom punya. Dia datang jenguk I last week.”

Your mom pakai thong La Senza?”

“Hadiah from my dad.”

Aku terus bangun berjalan ke arahnya dan mengambil seluar dalam itu dari tangannya. Pakaian dalam wanita itu aku masukkan ke dalam poket seluar Topman pendek separas lutut yang aku pakai. Selepas itu, aku kembali duduk di sofa. Wanita itu mengekori di belakang dan turut duduk di bahagian kosong sebelah aku. Bau harum menusuk ke hidung aku lagi.

“U masih pakai Coco Mademoiselle?” Aku bertanya perihal wangian jenama Chanel yang dipakainya.

Yup.” Jawabnya pendek lalu bertanya pula menukar topik, “U tengok movie apa ni?”

Aku menjawab, “The World According to Garp.”

Sapa berlakon?”

“Robin William.”

“Yang mati bunuh diri tu ke?”

Yup,” aku menjawab dengan mata yang langsung tidak aku alihkan dari skrin.

Aku kira, Maya telah kehabisan idea berbual dengan aku kerana untuk beberapa ketika suasana menjadi sunyi.

U buat party ke semalam?”

Excuse me?” aku meminta penjelasan kerana tidak faham dengan soalannya.

Tu ada empat botol Corona kosong atas meja.”

“Ooo… yang tu? My friends datang main poker malam tadi,” aku menipu dengan wajah tak ambil peduli. Hal yang sebenar ialah keempat-empat botol minuman itu telah dinikmati oleh hanya aku dan Dina malam tadi.

U selalu minum ke?”

Tak lah… just occasionally. Tu pun dah lebih enam bulan I tak minum.” Aku menerangkan dengan jujur. Seketika kemudian, aku menyambung, “U masih minum?”

Dah dua tahun I sober.”

Good for you.”

Wanita cantik tinggi lampai itu terdiam lagi. Aku menjeling ke arah kaki runcingnya yang dilunjurkan. Seurat gelang kaki halus bertatahkan intan-intan menghias pergelangan kakinya.

U, mintak rokok sebatang.”

Aku bangun menjulurkan badan ke depan. Bungkusan berwarna merah bersama pemetik api di tepi TV aku capai dan menyerahkan kedua benda itu ke tangannya.

Thanks.”

Ashtray ada kat side table sebelah U.”

Maya menyalakan rokok dan menyedut dalam-dalam.

“Ah… bestnya. Dah seminggu I tak merokok.”

Tanpa mempedulikan kata-katanya, aku menyoal, “Dah berapa lama pakai tudung?”

“Baru je lagi. Sejak pakai tudung ni, banyak benda I kena jaga. Especially rokok. Nak merokok kena nyorok-nyorok.”

Aku hanya mengangguk-angguk dengan terus berbuat acuh tak acuh dengan kehadirannya.

“Cepat la siap.”

I malas nak keluar.”

Alajomla.”

No!”

U tak nak gerak, I pun tak nak gerak.”

“Okey. Suka hati U la.”

Aku terus jual mahal. Untuk beberapa ketika keadaan kembali sunyi. Tidak lama kemudian, perut aku yang tidak diisi apa-apa sejak pagi itu mula bergelora. Akhirnya, aku mengalah.

“Kita nak pegi mana?”

“KLCC.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan