Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

Beg Tangan Gucci: Bab 29

 Old friend ke old flame?” teguran Dina yang cuba mengusik menyedarkan aku dari lamunan.

Aku turut tersengih melayan kerenah gadis yang berusia 15 tahun lebih muda dari aku itu. “U jealous ke, darling?” aku membalas usikan.

Dina tertawa manja mendengar usikan gatal aku, “Mana ada I jealous.” Gadis itu berhenti berbicara untuk menyedut asap rokok masuk ke paru-parunya. Sebaik saja kepulan asap dihembuskannya, dia menyambung bicaranya, “Anyway, malam tadi Azi kena gangbang dengan geng-geng salesman tu.”

Aku tidak berminat dengan berita-berita berbentuk skandal seperti itu. Tetapi aku tetap mendengar dan memberikan respon untuk mengambil hatinya.

Suka-suka je U gossip berita macam tu. Mana U tau?”

“Nuar bagitau I.”

“Nuar geng salesman ikut gangbang perempuan tu pastu Nuar pulak yang bagitau U? Kenapa Nuar tu bijak sangat? Buat apa Nuar buat macam tu? Saja nak brag dengan U?”

Unless…” aku membiarkan ayat yang diucap tergantung kerana terfikirkan sesuatu lantas memandang Dina yang sedang tersenyum-senyum sambil menghembuskan asap.

Unless you’re also effing him.”

Aku terus merenung gadis itu. Firasat aku mengatakan yang tekaan aku itu betul.

You slut! You are effing him. U tak payah nak tipu la. I tengok muka U pun I dah tau.” Aku merapatinya dan menuding ke arah dahinya yang luas.

Gadis penyambut tetamu itu tertawa kecil. Tekaan aku memang tepat.

So what if I’m a slut? Everybody like a slut. You like slut, too, kan?”

Who hasn’t?” aku menjawab pendek.

Anyway, Azi tak datang kerja hari ni. Maybe tak larat kot sebab kena lanyak malam tadi.”

“Apa kena la dengan orang muda macam korang ni? Elok-elok dok diam kat rumah kan bagus. Pegi cari penyakit kat tempat maksiat macam tu, buat apa?”

Eleh, U cakap macam bagus je. Macam la dulu-dulu U tak buat macam tu.”

“Dulu I baik. Mana ada I buat benda-benda macam tu.” Aku menafikan dalam nada bergurau.

Kalaulah Dina tahu apa yang pernah aku lakukan dulu…

*****

Inbois-inbois yang bertimbun di tray masuk telah tinggal beberapa helai sahaja. Sebagai ganti, tray yang bertulis OUT pula yang menimbun dengan dokumen-dokumen yang telah selesai direkod ke dalam sistem. Jarum pendek jam di dinding telah menyentuh angka empat. Hanya tinggal sejam sahaja lagi untuk balik.

Waktu kerja yang berlalu perlu dihabiskan dengan efisien. Tidak kiralah berapa banyak masa yang dihabiskan untuk mencuri tulang sekalipun, aku tetap akan memastikan objektif kerja pada hari itu tercapai.

Aku telah melakukan kerja yang sama selama hampir sepuluh tahun. Kerja-kerja merekod tersebut telah pun menjadi darah daging aku. Dengan mudah aku dapat memahami apa kisah transaksi yang ada di sebalik perkataan-perkataan dan nombor-nombor di atas setiap dokumen. Ketika mula-mula bekerja dulu, aku mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk mengkategorikan transaksi-transaksi di setiap inbois. Pada hari ini, setiap helaian inbois hanya mengambil masa tidak sampai seminit untuk direkod.

Done!” kata aku dengan suara yang sengaja dikuatkan kerana ingin menunjuk-nunjuk.

“Apa yang done, abang Alip?” tegur Suhairy Mazlan yang duduk di sebelah aku.

Pemuda yang mesra dipanggil dengan nama Ari itu berasal dari Johor Bahru. Ari berumur 25 tahun dan baru sahaja mendirikan rumahtangga. Aku sering berasa segan dengannya kerana penampilannya yang kelihatan warak dan tingkahlakunya yang sopan. Kopiah putih sentiasa melekat di kepalanya. Janggut halusnya dipotong rapi.

Tray IN aku dah kosong, Ari. Masa untuk merokok. Jangan jealous.”

“Abang kan otai kat sini. Semua kerja-kerja tu pejam mata pun abang boleh siapkan,” kata Ari membodek.

Aku hanya tersenyum tidak menjawab. Semua helaian dokumen-dokumen yang ada di tray OUT aku angkat dengan kedua tangan dan terus bergerak ke meja Bala. Eksekutif itu hanya perlu memeriksa dan menandatangani kesemua helaian pada tempat yang telah aku tanda.

Okay, macha. It’s all yours,” kata aku sambil meletakkan kesemuanya ke dalam tray IN di atas meja eksekutif berbangsa India itu.

Don’t call me macha la, Alip. I’m your boss. This is office, not kedai mamak, you know.”

I beg your pardon, boss. It certainly will not happen again.” Aku berkata dengan meniru loghat London untuk menyindirnya.

*****

Aku menyandar di dinding sambil menyedut asap rokok. Bungkusan Marlboro soft pack terenyuk dalam genggaman aku. Semuanya telah habis dihisap. Masih ada sebungkus lagi di dalam beg galas. Bagi aku, merokok perlu dibuat pada setiap jam bagi mengembalikan kecergasan untuk meneruskan kerja.

Aku melepaskan asap ke udara bersama keluhan. Wajah Maya yang aku lihat semalam terbayang di mata. Dia masih cantik walaupun usia kami sama-sama akan menjengah ke angka empat puluh beberapa tahun lagi. Tidak dinafikan, aku memang masih merinduinya. Walau bagaimanapun, bertemu dengannya mengundang lebih banyak perasaan sedih dan marah berbanding kerinduan. Mengapa harus aku bertemu dengannya lagi?

Wei! Merokok tak ajak!” Tiba-tiba suara Dina menjerkah. Terbantut lamunan aku dengan kehadiran gadis itu.

Aku bertanya kepadanya, “U ada rokok tak?”

“Ada kat handbag.”

Takyah gi ambik. Share je yang ni,” kata aku sambil menghulurkan rokok yang baru aku nyalakan kepada gadis itu.

Penyambut tetamu yang peramah itu mengambil rokok di tangan aku dan terus menghisapnya.

U menung apa tadi? I datang pun U tak perasan.”

Mana ada I menung. I letih baru habis key-in invoice tinggi bukit.”

“Tinggi bukit?! Punya la membohong.”

Aku tertawa kecil. Rokok di tangannya aku ambil sambil berkata,”Itu perumpamaan la, yang. I kan orang Melayu yang dah tua. Mestilah pandai berkias.”

“Perumpamaan pun agak-agak la.”

Selepas menghembuskan asap, aku menyerahkan rokok yang sebatang itu kepada Dina.

“Perempuan semalam tu datang ambik kereta dia tadi.”

Aku terkedu tetapi cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Ye ke?”

Ye. Kereta perempuan tu memang biasa keluar masuk service kat sini. Kira regular customer la tu. Biasanya driver dia je yang datang bawak. Driver yang miang tu. Tiap kali datang mesti ngorat I. Cakap lucah-lucah pulak tu. Anyway, semalam dia saja nak drive kereta tu. Dia bagitau I, tengah-tengah drive, keluar prompt kat display suruh bawak kereta masuk service. Tu yang dia sendiri singgah sini. Semalam dia tengah tunggu driver dia datang ambik kat lounge tu.”

So?”

Dina menyambung cerita, “So, hari ni, driver hantar dia datang sini pakai kereta lain. Dia nak ambik kereta tu kat service sendiri katanya. Sebelum dia pegi, dia datang kat I, tanya pasal U.”

“Dia tanya apa?”

“Dia tanya la, I kenal U tak? I jawab la I kenal U sangat, luar dalam. Muka dia terus berubah macam jealous je. Lepas tu dia tanya lagi banyak soalan. U kerja department apa? U duduk mana sekarang? U dah kahwin ke belum?”

U jawab ke?”

Mestila I jawab semua. U kata dia dulu classmate U, kan?”

Memangla dia dulu classmate I.”

“Lepas tu, dia mintak nombor phone and address U.”

Kali ni aku terus memandang wajah Dina dan bertanya dengan nada serius, “U bagi ke?”

I bagi.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan